So far, what is said about the claims of 40 UMNO MPs to join Bersatu is still rumor and speculation.
It can be true or it may remain as a rumor for ever.
But, in the context of our country, especially in politics, many rumors will often come true.
This is because not only are the trees swaying because of the wind, often the trees sway because people deliberately shake it.
In other words, sometimes a rumor is actually intentionally leaked into the public domain to be made the topic of national conversation before it actually becomes reality.
That is why many rumors end up becoming reality.
As for the 40 UMNO MPs joining Bersatu, when the one initiating the talk is Special Adviser to the Prime Minister, A Kadir Jasin, then it is hard for us to dismiss it as empty rumor.
It’s probably another tree that was deliberately shaken and will eventually come true.
Currently Bersatu has 14 MPs (including Mustapa Mohamed), while UMNO has 48 MPs.
If the entry of 40 MPs from UMNO really came true, what would happen to the Bersatu who has only 14 MPs?
Will an upsized Bersatu with 54 MPs be converted into UMNO or will UMNO eventually dominate Bersatu?
In both cases, is Bersatu’s position as a component of Pakatan Harapan and will PKR, DAP, Amanah continue to share government with Bersatu, whose majority of MPs will be dominated by UMNO who have been their enemies for so long?
If the existing government continues, what is the fate of the current ministers and deputies from Bersatu?
Will they still remain ministers or will most ministers from Bersatu be replaced by the majority of MPs originating from UMNO? –
[GOOGLE TRANSLATE OF THE MALAY POSTING APPENDED BELOW ‘JIKA 40 AHLI PARLIMEN UMNO MASUK BERSATU – BERSATU JADI UMNO ATAU UMNO AKAN MENGUASAI BERSATU?’
JIKA 40 AHLI PARLIMEN UMNO MASUK BERSATU – BERSATU JADI UMNO ATAU UMNO AKAN MENGUASAI BERSATU?
Sehingga ini, apa yang dikatakan mengenai dakwaan ada 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu masih lagi bersifat khabar angin dan desas-desus.
Ia boleh jadi betul atau mungkin kekal sebagai khabar angin buat selama-lamanya.
Tetapi, dalam konteks negara kita, khususnya berkaitan politik, banyak khabar angin selalunya akan menjadi kenyataan.
Ini kerana, bukan saja pokok bergoyang kerana ditiup angin, kerapkali juga pokok bergoyang disebabkan ada orang yang sengaja menggoyangnya.
Dalam erti kata lain, sesuatu yang dikatakan khabar angin itu sebenarnya sengaja dilambung ke pengetahuan umum untuk dijadikan perbualan masyarakat sebelum ia benar-benar menjadi kenyataan.
Sebab itulah, banyak khabar angin berakhir dengan kejadian yang betul-betul menjadi kenyataan.
Berkaitan 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu, lebih-lebih lagi yang memulakan bicara mengenainya adalah Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin, maka tentu sukar untuk kita mengatakan ia sekadar khabar angin kosong semata-mata.
Ia mungkin satu lagi pokok yang sengaja digoyang dan akhirnya betul-betul menjadi kenyataan.
Ketika ini Bersatu mempunyai 14 Ahli Parlimen (termasuk Mustapa Mohamed), manakala UMNO ada 48 Ahli Parlimen.
Jika kemasukan 40 Ahli Parlimen daripada UMNO itu betul-betul menjadi kenyataan, apa akan jadi kepada Bersatu yang hanya ada 14 Ahli Parlimen saja?
Adakah Bersatu yang bertambah besar dengan memiliki 54 Ahli Parlimen itu nanti akan bertukar menjadi UMNO atau UMNO akhirnya akan menguasai Bersatu?
Dalam kedua-dua keadaan itu, masih selamatkah kedudukan Bersatu sebagai salah satu komponen Pakatan Harapan dan sediakah PKR, DAP, Amanah terus berkongsi kerajaan dengan Bersatu yang majoriti Ahli Parlimennya sudah dikuasai oleh UMNO yang merupakan musuh mereka sejak sekian lama?
Kalau pun kerajaan sedia ada terus kekal, apakah pula nasib menteri dan timbalan menteri daripada Bersatu yang ada sekarang?
Masihkah mereka kekal sebagai menteri atau sebahagian besar menteri daripada Bersatu nanti akan diwakili oleh majoriti Ahli Parlimen yang asalnya daripada UMNO?
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.