`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 1, 2019

Islam Berkata Orang Munafiq Tidak Boleh Dipercayai

Hari ini Anwar mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti yang PAS telah bayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown. Bagaimana hendak percaya manusia yang tabiatnya kuat membohong? Orang seperti ini dipanggil munafiq dan cakapan orang munafiq tidak boleh dipercayai.

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Anwar Ibrahim telah banyak kali sangat menipu rakyat. Mula-mula, pada tahun 1974, Anwar mendakwa yang ramai orang di Baling mati akibat kebuluran. Kemudian ianya dibukti sebagai fitnah semata-mata.
Pada tahun 1982, Anwar berkata dia masuk Umno kerana nak ubah Umno dari dalam. Yang sebenarnya Anwar merosakkan lagi Umno apabila dia mambawa budaya politik wang ke dalam Umno. Ini berlaku semasa Anwar menggulingkan Tun Ghafar Baba dengan membeli undi.
Selepas itu Anwar cuba menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan alasan Mahathir, bersama Tun Daim Zainuddin, sapu atau lesapkan RM200 bilion duit rakyat. Hari ini Anwar sendiri yang menyokong Mahathir.
Pada tahun 1998 Anwar kata dia difitnah dan tidak meliwat Azizan Abu Bakar. Hari ini kita sudah mengetahui yang Anwar bukan sahaja meliwat Azizan tetapi meliwat berpuluh-puluh lagi budak lelaki yang lain.
Begitu banyak pembohongan Anwar Ibrahim seperti dakwaan dia mempunyai bukti sebanyak enam kotak berkaitan rasuah Mahathir dan pemimpin Umno yang lain, peristiwa 16 September 2008 dimana Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan, Langkah Kajang, dan berbagai-bagai cerita dongeng lagi.
Hari ini Anwar mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti yang PAS telah bayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown. Bagaimana hendak percaya manusia yang tabiatnya kuat membohong? Orang seperti ini dipanggil munafiq dan cakapan orang munafiq tidak boleh dipercayai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.