PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap perpecahan dalam kalangan pemimpin PKR disebabkan soal jawatan perdana menteri.
Katanya, amat menyedihkan persengketaan pimpinan PKR bukan disebabkan mereka mahu mencari jalan mengatasi kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham atau mengapa hutang negera meningkat.
Beliau berkata, sebagai parti komponen Pakatan Harapan, perpecahan itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada rakyat dan negara, serta menimbulkan syak wasangka kepada rakyat yang mereka dipimpin tangan salah.
“Mereka bergaduh mengenai milik siapa jawatan perdana menteri dan sampai bila. Amat membimbangkan kita adalah pergaduhan ini mula membabitkan menteri-menteri dari PKR yang sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negara.
“Apalah hendak jadi dengan Malaysia baru ini. Sudah jadi Malaysia haru-biru,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau merujuk ketegangan dalam PKR membabitkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali yang belum selesai, walaupun Kongres Nasional PKR sudah melabuhkan tirainya.
Ahad lalu, Azmin dan beberapa pimpinan utama termasuk Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju tidak kelihatan pada hari terakhir Kongres Nasional parti di Melaka.
Sebaliknya, beliau dan kemnya mengadakan Majlis Makan Malam Apresiasi Perwakilan Kongres PKR 2019 dan taklimat Wawasan Kemakmuran Bersama di ibu negara.
Mohamad mendakwa sejak Pakatan Harapan mentadbir negara selepas pilihan raya umum tahun lalu, pelaburan asing dan prestasi Bursa Malaysia bertambah teruk.
“Berbilion ringgit pelaburan asing meninggalkan Bursa Malaysia. Prestasi Bursa Malaysia antara terburuk di dunia sepanjang tahun ini. Minggu lepas sahaja, sejumlah RM700.2 juta dana asing meninggalkan Bursa Malaysia.
“Sehingga minggu lalu, jumlah dana asing yang keluar dari Malaysia bagi 2019 melebihi RM10 bilion. Pertelingkahan ini pasti menambahkan syak wasangka bahawa Malaysia berada dalam tangan yang salah.” - FMT
Masalah ekonomi berpunca dari BN. Budaya rasuah yg hancurkan kita. Period
ReplyDelete