`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 30, 2020

Kanak-kanak 5 tahun mangsa rabies pertama tahun ini

Rabies merebak melalui gigitan haiwan seperti anjing dan pesakit menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari selepas digigit.
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 1 kes rabies pertama bagi tahun ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dari Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa merupakan kes ke-23 wabak rabies di Sarawak di mana kali terakhir penyakit itu dilaporkan pada 8 Nov 2019.
“Beliau pernah diserang dan digigit anjing liar pada 8 Mac 2020 di bahagian muka, mulut dan kelopak mata.
“Bagaimanapun, luka gigitan tersebut tidak dicuci dengan aliran air bersih dan sabun sejurus selepas kejadian. Beliau kemudiannya dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada hari yang sama.
“Beliau mendapat suntikan vaksin anti-tetanus, suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) dan 2 dos suntikan vaksin anti-rabies semasa dirawat di Hospital Sibu,” katanya.
Tambah Noor Hisham, pada 24 Mac mangsa dibawa untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Sibu kerana demam dan seterusnya ke Hospital Sibu pada 25 Mac kerana sakit tekak dan sukar untuk menelan air serta berhalusinasi.
“Beliau dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Keadaannya bertambah teruk dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.”
Pada 8 Nov 2019, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meninggal dunia akibat rabies selepas menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Keluarga mangsa dilaporkan mempunyai 2 ekor anjing peliharaan dan ia tidak pernah mendapat vaksinasi anti-rabies dan bebas bergaul dengan anjing liar. Mangsa juga tidak pernah mengadu digigit anjing dan haiwan lain.
Wabak rabies diisytiharkan di Sarawak sejak 31 Julai 2017. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.