`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 30, 2020

Pengguna gesa kerajaan pantau kenaikan harga barang ketika PKP

KPDNHEP memastikan bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi sepanjang tempoh PKP.
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menggesa kerajaan memantau peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang sehingga membebankan rakyat yang terhimpit akibat wabak Covid-19.
Presidennya, Jacob George berkata ada peniaga mengambil kesempatan ketika pengguna dalam keadaan panik menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 14 April.
“Kita diberitahu tidak ada kenaikan barang dan sebagainya. Tetapi bila kita memantau atau buat semakan atas kedai-kedai runcit dan pasar raya dan sebagainya, didapati bukan sahaja bekalan tak cukup, ada suasana pembelian panik.
“Kita tak boleh nafikan ada golongan tak bertanggungjawab menaikkan harga barang,” katanya kepada FMT.
Jacob meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan tindakan yang akan diambil terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikan harga barang.
“Sehingga hari ini tak ada pihak tak bertanggungjawab disenarai hitam dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Khamis lalu, KPDNHEP mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi sepanjang tempoh PKP.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata KPDNHEP bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta sentiasa mengadakan pertemuan dengan pemain industri bekalan makanan dari semasa ke semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.