`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 23, 2020

PAS nasihat calon BN PRK Chini terus daulatkan Islam

Calon BN PRK Chini, Sharim Zain (kiri) bersama Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Chini, Sarjuni Konting (berkerusi roda) semalam. (Gambar Bernama)
PEKAN: Ahli PAS dalam DUN Chini akan memberi sokongan penuh terhadap calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain bagi memastikan kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN itu.
Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Chini, Sarjuni Konting berkata ahli PAS di kawasan berkenaan akan membantu kempen Sharim, 41, bagi memastikan kemenangan menjadi milik calon BN yang juga generasi kedua Felda itu.
“Kami akan sokong BN dalam PRK ini. Saya memang mengenali Sharim secara peribadi sejak dahulu lagi dan percaya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin. Saya menasihatkan beliau supaya terus mendaulatkan Islam dan mengambil berat aspek ekonomi terutama kepada anak-anak peneroka yang tiada pekerjaan,” katanya kepada pemberita malam ini.
Sementara itu, Sharim menerima pandangan Sarjuni mengenai keutamaan yang perlu diberikannya dalam kempen PRK DUN Chini, terutama dalam aspek berkaitan mendaulatkan agama Islam dan meningkatkan ekonomi generasi muda.
PRK DUN Chini menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara Mohd Sharim menentang 2 calon bebas iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, bagi merebut kekosongan kerusi ditinggalkan Abu Bakar Harun, 60, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas pada 7 Mei.
SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Chini pada 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai ini. PRK Chini adalah PRK yang ke-11 selepas PRU-14.
Pada PRU-14 lalu, Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain daripada PKR (1,065).
DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.