`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 14, 2020

SURAT PEMBACA - Reformasi, Islam Hadhari & Kleptokrasi Oleh Mohamed Ali

GE14: Polling on May 9 - EC ⋆ The Malaysian Times

FAKTA PRU10 hingga PRU14


1.  PRU10 (1999) - Gerakan Reformasi

60% orang Melayu undi pembangkang spt PAS dan PKR. 
90% bukan Melayu undi BN kerana :
Tun M takutkan mereka dgn ancaman tragedi 13 Mei. 

BN masih menang dengan 2/3 majoriti. 
Hilang Kelantan & Terengganu dan bolos banyak di Selangor. 


2.   PRU11 (2004) - Islam Hadhari & Tun M resign

BN menang besar dengan 2/3 majoriti dan 94% undi popular. 
PAS hilang Terengganu dan baki 3 kerusi sahaja di Kelantan. 
PKR hanya 1 kerusi di Permatang Pauh. 
Pembangkang hancur. 


3.  PRU12 (2008) - DSAI sudah bebas

BN hilang majoriti 2/3
70% Melayu undi BN
70% bukan Melayu undi pembangkang
Pembangkang dapat Selangor, Kelantan, Perak (sekejap), Kedah dan Penang. 


4.  PRU13 (2013) - Najib jadi PM 

Tsunami Cina
BN masih tiada majoriti 2/3
70% Melayu undi BN
80% bukan Melayu undi Pakatan Rakyat

PR kekalkan Selangor, Penang, Kelantan dgn majoriti yg lebih besar. 
Undi popular PR melebihi 50%. 
Kalau mengikut undi popular, PR sudah menang PRU13. 


5.  PRU14 (2018) - Kleptokrasi dan 1MDB

PAS keluar PH. 
Bercumbu dgn UMNO
Strategi 3 penjuru memakan diri. 
Pecah undi Melayu. 
70% orang Melayu undi samada UMNO atau PAS. Pecah undi. 
80% bukan Melayu undi PH. 
PH menang besar dan menjadi kerajaan. 

Fakta di atas menunjukkan, hanya pada tahun 1999 (PRU10 - Gerakan Reformasi)  orang Melayu sebanyak 60% mengundi parti selain UMNO. 

Biarlah korup ke, jual tanah Melayu ke, kleptokrasi ke, Melayu tak kisah. 

Masalahnya, lama mana lagi orang Melayu boleh menerima dan kompromi dengan kebobrokan dan ketirisan hasil negara? 

Dari 1999 - 2020, keadaan negara tidak semakin baik. 
Keadaan semakin kritikal. 
Hutang negara semakin besar. 
Pendapatan negara semakin menguncup. 

Perbelanjaan negara memboyot kerana 
  • untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada UMNO
  • orang Melayu mesti di beri pekerjaan dalam kerajaan & GLC
  • mesti diberi BR1M dan segala macam subsidi 
  • sama ada dari duit cukai rakyat atau duit pinjaman yg berbilion-bilion

Malaysia sedang sakit. 
Malaysia sudah lama ketirisan. 
Duit Felda habis, Tabung Haji pun kena sebat, MAS hancur.
PROTON sudah lama menelan duit rakyat
Harga minyak sudah rendah. 
Untung minyak dah kurang. 
GLC-GLC lain juga sakit. 

Zaman Malaysia kaya dengan OIL MONEY dah habis. 
Jagalah negara ini elok-elok. 

Berikanlah amanah dan tanggungjawab pada orang yang layak dan beramanah. 
Tak kira lah dari bangsa mana. 
Yang penting dapat membawa negara ke atas semula dan menyelamatkan negara dari hancur. 
Negara ini kalau hancur, orang Melayu yang kena paling teruk.
Sebab bangsa lain sudah lama menyediakan payung sebelum hujan. 
Mereka sudah ada survival skills. 
Mereka simpan tabung. 
Fakta tidak menipu. 
Berapa ramai orang Melayu yang B40?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.