`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 4, 2020

Satu Lagi GLC Menghadapi 'Kepincangan'.

Yang berikut adalah sedikit berita yang kurang mendapat perhatian di media Melayu dan juga tidak mudah difahami oleh ahli politik kita jenis 'durian bukit tiada gred'. 

Tetapi berita ini melibatkan berbilion Ringgit harta negara terutama sekali harta rakyat marhaen ataupun taxpayers wealth. Sebab kesemua syarikat GLC dalam negara kita hidup dan dibiayai oleh duit kocek rakyat. Tanpa rakyat marhaen yang sudi membayar cukai maka tidak wujudlah syarikat kepunyaan kerajaan atau GLC.

Jadi bacalah apa yang berlaku dengan duit dan harta kepunyaan tuan-tuan. 










DEBT-laden Boustead accelerating asset sales 
The Edge reported Boustead debts RM5.4b 
plans to divest RM1b properties to shore up cash position
Boustead sold / put up for sale assets worth RM770m past 18 months
seeking buyers for other assets
more [assets to be sold] one source tells The Edge
group owns Royal Chulan D'sara, Royale Chulan Hyde Park, Curve, Wisma Boustead, Menara Boustead KL, Menara Boustead Penang.
Menara Boustead Penang, asset in Kenny Hills up for sale 
latest for sale Menara Affin (Jln Raja Chulan) and 2.96 acres in Mutiara D'sara
March 2019 sold Royale Chulan Bukit Bintang to S'pore for RM197m 
seeking buyer for 1.71 acres at corner of Jln Bukit Bintang and Jalan Pudu
inked deal with Binastra to sell 2.93-acre in Jalan Cochrane for RM138m 


How much will Menara Affin fetch?
Menara Affin HQ of Affin Bank 
0.84-acre freehold, 20-storey building 
2015 Affin Bank bought 54,266 sq ft of land in TRX for RM255m 
Sept 2018, IJM awarded RM505m contract by Affin Bank to construct HQ
This means new HQ is RM760m 
My comments :
Pendek kata syarikat Boustead Holdings Bhd mengalami masalah (antara lain) kepincangan alir tunai.
Yang berikut adalah harga saham Boustead Holdings Bhd sejak setahun silam:

Daripada harga tertinggi RM1.11 pada 12 hb Sept 2019 harga saham Boustead menurun ke 35 sen sahaja pada 23 March, 2020. Harga semasa (3hb Sept 2020) adalah 66 sen. 
Jadi dalam 12 bulan sahaja, harta rakyat telah rugi hampir 40%.
Dan bagi sesiapa yang pemegang saham Boustead Holdings Bhd (termasuk syarikat amanah saham atau unit trust jenis GLC juga), mereka turut 'rugi atas kertas' hampir 40% nilai pelaburan dalam saham Boustead.
Dan yang berikut pula sedikit lagi berita aneh berkenaan Boustead : 
Al kisahnya begini :
SEMBILAN tahun dulu (sewaktu saya pun masih remaja) Kementerian Pertahanan telah beri kontrak RM9 Bilion kepada Boustead untuk membina ENAM buah kapal perang bagi TLDM. RM6 bilion sudah pun di bayar oleh Kerajaan. 
Tetapi SEMBILAN tahun kemudian (sehingga hari ini 2020) TIADA sebiji pun kapal perang itu yang siap. LIMA biji kapal masih dalam 'construction'  dekat 57% completion sahaja. Sebiji lagi belum dimula pun.
Jadi ke mana pergi kesemua duit rakyat RM6 billion yang sudah pun di bayar? 
  • Ismail Sabri said Special Committee to review project, including integrity
  • proposals to continue or terminate project presented to Cabinet 
  • ministry acknowledged report filed to MACC to investigate 

Lepas RM6 billion sudah jadi asap depa nak buat Special Committee pula. 
Lepas itu depa nak cadang terminate project pun ada !! 
Maybe tutup fail saja - duit kita RM6 bilion sudah habis. 
And then last sekali depa sudah panggil MACC buat siasatan.
Ini business model style apa pula? Akhir sekali panggil MACC untuk bantu 'manage the business'.
Siasatan, siasatan, siasatan kepala hotak depa.  SEMBILAN TAHUN sudah lalu tidak ada siapa pun kena tangkap. RM6 bilion duit rakyat sudah ghaib. Tambah lagi sekarang Boustead terpaksa pula jual tanah dan bangunan untuk bayar hutang !!
Village idi_ts wearing suits and ties and walking around going beep, beep, beep. 
Jadi tuan-tuan sebuah lagi syarikat GLC (syarikat yang dibiayai dengan wang duit rakyat) mengalami berbagai kepincangan termasuk 'Ministry acknowledged report filed to MACC'.
RM6.0 billion duit tuan-tuan sudah dibayar tapi tidak ada sebiji pun kapal perang sudah siap. 
Dan percayalah dalam negara kita syarikat tempatan yang terlibat kontrak menjual senjata kepada Kementerian Pertahanan adalah satu kumpulan yang sangat kecil. An elite club. 
Boleh disebut oligopoli. Oligopoli (beberapa syarikat) itu lebih kurang monopoli juga (satu syarikat) di mana akibatnya ialah keduanya (monopoli dan oligopoli itu) menguasai pasaran (atau control the market). Mereka tidak perlu bersaing penuh dengan pasaran terbuka. 
Apabila mereka control the market maksudnya mereka boleh letak harga yang mereka suka.  Sebab tidak ada persaingan penuh atau free market competition. 
Masalahnya dalam budaya GLC kita pula, monopoli dan oligopoli kekalkan satu lagi "gejala sosio-ekonomi"  - pengurus monopoli dan oligopoli boleh malas bersaing untuk mencari keuntungan 'business profits' yang sebenar. If they dont have to compete in a free market they will never learn to compete.
Dan bagi GLC (dan syarikat kroni) yang pegang monopoli dan oligopoli mereka sudah ketagih (atau addicted) kepada sejenis ganja dan pil ecstasy yang membuat mereka lupakan  segala realiti persaingan. Yang dimaksudkan ialah wang rakyat (taxpayers money) yang hampir tanpa had. 
Kalau berbilion wang rakyat sudah ghaib, boleh dijual tanah dan bangunan untuk menggantinya. Harta rakyat juga.  Dan kalaulah duit itu pun ghaib dont worry. Kerajaan boleh buat bail out. Dengan menggunakan wang rakyat lagi. 
Ingat tak Proton? Sudah berapa kali di bailout? Ingat Bank Bumiputra dulu? Berapa kali kena bailout? Ingat syarikat kapalterbang nasional? Bailout juga. Kesemuanya beroperasi dalam keadaan monopoli dan oligopoli. 
Dalam negara kita monopoli dan oligopoli boleh dikaitkan dengan Mak Nenek business model. Ia itu bisnes model yang simple. Tidak perlu bersaing atau compete di pasaran bebas. GLC pula selalu boleh dapat kontrak berbilion-bilion daripada Kementerian, selalu boleh dibayar dengan duit rakyat.
Tak payah susah-susah berfikir.  Marketing skill yang sangat penting ialah 'Hello Dato Sri, kami ada cadangan.."  Ataupun 'Ya Dato Sri, ya boleh, boleh..' 
Tuan-tuan monopoli dan oligopoli membawa pelbagai jenis keburukan. 
1. Tanpa persaingan bebas, harga produk ditentukan oleh sekumpulan kecil sahaja. Atau satu orang sahaja. Rakyat kena tanggung beban membiayai monopoli dan oligopoli denagn duit sendiri. Secara langsung (direct) menerusi membayar harga yang tinggi (contohnya harga beras dan harga kereta yang tinggi gila). Atau secara tidak langsung (indirect) menerusi banyak duit cukai kita yang ditelan projek-projek besar gajah. 
2. Yang lebih buruk ialah monopoli dan oligopoli tidak membantu mewujudkan golongan pengurus perniagaan (businessman) yang boleh bersaing atau berdikari.  Sebab itu kita melihat walaupun 50 tahun berdasar ekonomi entah apa, masih tidak ada lagi BCIC. Apa iti BCIC? Bumiputera Commercial and Industrial Community. 
Kawan GLC itu ingat sebab dia dapat gaji berpuluh ribu Ringgit sebulan dia sudah successful. Tetapi the moment money pipeline daripada Kerajaan terputus, maka mereka tiba-tiba sedar 'Alamak, selama ini saya sebenarnya "kera-jagaan" kera-jaan'.
Bila kerajaan dah tak jaga lagi, kera pi balik duduk atas pokok lah.
Saya tidak salahkan pengurusan Boustead. Saya rasa mereka semua adalah orang baik yang berniat baik dan ingin buat baik. Everyone wants to feel that they have been relevant in this life.
Tetapi yang saya salahkan ialah dasar ekonomi negara yang masih dibentuk oleh pemimpin politik yang lebih memikirkan kedudukan dan periuk nasi mereka sendiri daripada membentuk dasar yang betul dan baik bagi negara kita.
Di sinilah orang Melayu (maksudnya tuan-tuan) perlu sedar dan bantah dasar yang sebenarnya miskinkan tuan-tuan. 
Berapa ramai di antara tuan-tuan yang dapat duit RM6 bilion untuk buat kapal itu? Only a few of you. Boleh dikira jari dua tangan cukup.
Sepertimana disebut saudara pembaca tempoh hari, dapat RM200 cukup untuk depa cium Bossku selama seminggu. Itulah nasib majoriti daripada kalangan tuan-tuan.  Tuan-tuan tak faham ke? Duit yang dia bagi itu bukan duit bapak dia. Duit itu duit tuan-tuan. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.