`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 13, 2020

Selamatkan kehidupan rakyat, tumpuan Belanjawan 2021, kata PM

 

Belanjawan kali ini adalah kesinambungan terhadap momentum pemulihan ekonomi diumumkan sebelum ini menerusi Penjana dan Prihatin bernilai lebih RM13 bilion.

PETALING JAYA: Putrajaya akan menumpukan 3 tonggak utama dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November ini dalam usaha merancakkan kembali sektor ekonomi dan kehidupan rakyat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, 3 tonggak utama itu adalah memperkasakan rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.

Katanya, di bawah tonggak utama berkenaan, terdapat 14 agenda yang akan diperincikan oleh menteri kewangan di Parlimen nanti.

“Tumpuan utama pada belanjawan kali ini adalah bagaimana kita nak selamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

“Juga, memastikan agar kesihatan awam dan sokongan terhadap barisan hadapan dapat kita teruskan seperti yang kita buat sebelum ini,” katanya pada sidang media disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, belanjawan kali ini adalah kesinambungan terhadap momentum pemulihan ekonomi diumumkan sebelum ini menerusi Penjana dan Prihatin bernilai lebih RM13 bilion.

“Kita akan beri sokongan bersasar untuk golongan mudah terjejas. Belanjawan kali ini kita akan beri tambahan bantuan dan sokongan yang lain.

“Walaupun kita lihat banyak sektor semakin pulih contohnya peruncitan, pelancongan tempatan tetapi mereka masih perlukan sokongan dan kita akan kemukakan bantuan dalam belanjawan nanti,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.