`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 16, 2021

Kunci "Pintu Belakang" Rosak : Berahi Anwar-Zahid Terpaksa Sejuk

 



bhnews@bh.com.my

Mat Hassan mesyuarat bersama UMNO, lebih empat jam 

Mat Hasan kata tak tahu-menahu wujud perbincangan dengan PKR

Beliau ulas laporan Anwar kata ada perbincangan kedua pemimpin parti itu

saya tak tahu, saya tak ada kata Mat Hassan 

© New Straits Times Press (M) Bhd

My comments :

Setelah bermesyuarat lebih EMPAT jam dengan pimpinan Umno,  Mat Hassan kata dia tak tahu apa benda pun berkenaan perbincangan antara brader Anwar dengan Umno.

Jadi rupanya apabila brader Anwar buat kenyataan mengatakan dia sedang rancak berbincang dengan pimpinan Umno sebenarnya melibatkan kendak dia saja. 

Maksudnya benda itu tidak berlaku pun. Sebab kalaulah benar Umno bincang secara rasmi dengan pemimpin parti lain maka mesyuarat Umno selama lebih EMPAT JAM di Melaka semalam pasti sudah bincangkan isu itu. Tetapi Mat Hassan kata dia tak tahu-menahu wujud perbincangan dengan PKR.

Apa yang berlaku ialah Anwar dalam PKR dan Zahid dalam Umno sekarang berada dalam keadaan 'Me, myself and I'  atau   "saya, saya dan saya".



Dan ketiga karakter  "Me, myself and I" ini dijumlahkan untuk menjadi 'we' atau 'kami'.  

Jadi apabila brader Anwar kata "kami dalam perbincangan dengan Umno" ia hanya melibatkan 'Me, myself and I'.

Kita sedang melihat PKR menghampiri 'sakratul maut' (Sakratul maut means death throes). At this point in time kita tidak tahu jika PKR mempunyai calon wibawa yang cukup untuk menandingi 50 atau 60 kerusi Parlimen. Dan jika mereka bertanding pun apakah mereka boleh menang kerusi Parlimen yang mereka bertanding.

Dan kemungkinan besar ialah brader Anwar sendiri tidak akan bertanding di Port Dickson lagi sebab kali ini dia boleh tewas di sana.  Brader Anwar akan terpaksa mencari 'safe seat' seperti di Permatang Pauh sekali lagi.

Dan kali ini jika PKR boleh menang 20 kerusi Parlimen pun ia akan menjadi satu 'achievement'.

Tetapi PKR boleh hidup balik dan menang besar jika brader Anwar berundur completely daripada parti itu dan berundur daripada politik sama sekali.  Contohnya jika Rafizi Ramli dilantik jadi presiden PKR serta Nurul Izzah kembali 'active' dalam parti. Brader Anwar dan Wan Azizah (yang saya sangat hormati) pencen sahaja dan duduk di rumah bermain dengan anak cucu.   Parti PKR akan hidup kembali dan akan menjadi "permanent feature" dalam political landscape negara kita. 

Jika brader Anwar tidak berundur daripada parti itu, maka PKR akan terkubur tidak lama lagi.

Dalam negara kita sekarang ini kita tidak lagi perlu kepada political schemers. Political schemers semua adalah terlalu bodoh sebagai  pemaju ekonomi dan masyarakat. They do not know anything about anything. 

Yang kita perlu sekarang adalah technocrats dan thinkers yang boleh faham berkenaan ekonomi, teknoloji, kewangan (finance), free markets, competition, perniagaan, perdagangan dan begitu.

Tidak lagi bencana bakal berlaku, boleh menimpa kita dan begitu. Orang Melayu terutama nya sudah pun berada dalam bencana. 

Soalan sekarang ialah betapa buruk lagi akan bencana itu? Dan soalan cepu mas 'what is the last straw that will break the camel's back'?  Soalan yang mempunyai banyak bahaya.

 


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.