`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 6, 2021

Umno saja tak boleh berkuasa, PPBM pun, perlu muafakat demi orang Melayu, kata Rais

 

Rais Yatim berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana-mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama, kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal.

JELEBU: Umno dan PPBM perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Rais Yatim.

Beliau berkata, hubungan antara kedua-dua parti tidak boleh “berpatah arang” begitu sahaja selain turut meletakkan harapan agar Umno dan PPBM akan terus kembali mengadakan kerjasama.

“Umno sahaja tidak boleh berkuasa dan PPBM sahaja pun tidak boleh berkuasa waima dengan PAS (perlu kerjasama). Komponen parti Melayu ini mesti sedar pentingnya bermuafakat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Geylang.

Ketua PPBM Bahagian Jelebu itu berkata, setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana-mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama, kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal.

Rais, yang juga presiden Dewan Negara, turut berpandangan semua pihak perlu menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan peranan perdana menteri susulan terdapat desakan demi desakan supaya Parlimen kembali bersidang.

“Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri mempunyai kuasa mutlak (masing-masing), itu tidak boleh diubah, penentuan situasi itu terserah kepada perdana menteri membawa sembah kepada Agong, kalau ada apa-apa yang mahu dipinda,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.