`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 17, 2021

Mayat warga emas ditemui dalam rumah berkunci

 

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Aduan jiran tentang bau busuk yang datang dari sebuah rumah di Lengkuk Ipoh, Taman Ipoh membawa kepada penemuan mayat seorang warga emas di bahagian dapur rumah berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah, A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 11 pagi daripada seorang lelaki yang mengadu terhidu bau busuk datang dari rumah jiran yang sudah tiga hari tidak dilihat kelibatnya.

Menurut Asmadi, pemeriksaan polis mendapati mayat seorang lelaki di dalam rumah itu, namun kerana pintu rumah berkunci, pihak bomba terpaksa dihubungi bagi membantu memotong mangga di pintu pagar dan jeriji besi belakang rumah supaya polis dapat masuk.

“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dianggarkan mati sejak lima hari lalu,” kata beliau, menurut laporan Harian Metro.

Usaha sedang dilakukan bagi mengesan butiran diri mangsa dan waris, selain sejarah perubatan mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.