`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 21, 2021

Polis siasat dakwaan Exco Selangor langgar SOP Aidilfitri

 

Tangkap layar hantaran oleh sebuah akaun Twitter yang memaparkan penganjuran majlis sambutan hari raya dipercayai diadakan di rumah seorang Exco kerajaan negeri di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri Selangor melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) berkenaan ziarah Aidilfitri dengan menganjurkan majlis sambutan hari raya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor dalam kenyataan berkata gambar berhubung perkara itu tular di media sosial memaparkan majlis sambutan yang diadakan di rumah wakil rakyat berkenaan di Kuala Langat.

“Satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan.. tarikh dan masa dah terpampang kat gambar2 tu,” tulis hantaran akaun Twitter itu.

Berikutan itu, Ridhwan berkata polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Dalam akaun ini terdapat gambar yang dipercayai dilakukan oleh seorang Exco kerajaan negeri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

“Laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17 Pemberitahuan Undang² (A) 225/2021,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.