`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 10, 2021

Ibu, teman lelaki didakwa bunuh anak

 

Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia tahun yang juga anak kandung wanita itu dalam kejadian minggu lalu.

Jurubahasa membacakan pertuduhan terhadap mereka di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai majistret, Effandi Nazila Abdullah, namun tiada pengakuan direkodkan, lapor Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan, Ieda Nor Esbi Baharuddin, 35, dan Norazizol Baharum, 34, didakwa dengan niat secara bersama dan sengaja membunuh mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi di sini, antara jam 6.30 pagi hingga 10.41 malam, 2 September lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan memaklumkan seorang kanak-kanak parah selepas disyaki didera teman lelaki ibunya di rumah sewa mereka, di sini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital swasta pada 2 September lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.