`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 28, 2022

Pelajar UniSZA kumpul sampah 1 tan di pantai Seberang Takir

 

Menurut Anuar, mereka terlibat dalam program ini terdiri 37 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara seperti Syria, Bangladesh, Pakistan, Nigeria dan Indonesia.

PETALING JAYA: Sebanyak satu tan sampah termasuk botol plastik serta jalan ikan lama berjaya dikumpul sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ketika membantu membersihkan pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu, semalam.

Mereka terdiri 37 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara seperti Syria, Bangladesh, Pakistan, Nigeria dan Indonesia.

Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar McAfee Abdullah, berkata inisiatif julung kali diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar.Beliau berkata, program seperti ini mampu memupuk budaya mengekalkan kebersihan pantai dan kelestarian laut.

“Plastik yang tidak dibuang dengan betul akan menjejaskan kehidupan marin terutamanya penyu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, program dengan kolaborasi bersama Koperasi Homestay Teluk Ketapang itu juga berperanan dalam mewujudkan hubungan baik bersama komuniti dan memberi peluang kepada pelajar antarabangsa berkenalan dan mengenali masyarakat setempat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.