`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 1, 2023

MESTI BACA - APA MAKSUD SEBENAR KILANG PANASONIC TUTUP

 


 

"Commuters on Federal Highway find it hard to miss Panasonics iconic factory along the expressway. Established in 1965 as Matsushita Electric and renamed Panasonic in 2005, they employed 2000 people in multiple plants across Malaysia. Now they are shutting down."


My comments : Saya petik Sales dan Revenue bagi Panasonic Manufacturing sejak lima tahun (Source : Wall Street Journal).

 

                                             2022     2021     2020     2019     2018   

Sales (RM million)               869     975     1,052     1,128     1,199

 

Jelas sekali, sejak 2018 (atau sebelum itu) jualan Panasonic menunjukkan trend menurun yang jelas.  Jualan tahunan mereka merosot 28% sejak 2018.

Jadi saya cadangkan kepada gomen Madani (MITI ke, menteri taichi ke) sila semak record jualan tahunan syarikat pelabur asing yang lain yang beroperasi dalam negara kita. Jika ada sesiapa pelabur asing mengalami kemerosotan jualan tahunan then ask them, 'What is the problem you are facing? How can we, the Madani gomen, help you." 

Pergi tanya sekarang before it is too late. Kalau mereka menghadapi masalah yang boleh diatasi dengan kerjasama antara gomen dan pihak syarikat pelabur asing - yang membawa kepada win-win bagi semua pihak, then go ahead and help them. 

Kurang lebih 2,000 peluang pekerjaan akan terjejas. Lets say average gaji 2,000 orang itu adalah RM2,000 sebulan. Maksudnya ekonomi kita akan hilang bayaran gaji sebanyak RM4.0 juta sebulan. Atau RM48 Juta setahun.

Katakanlah total sumbangan EPF berjumlah 24% jadi EPF pula akan hilang RM11.52 juta caruman setiap tahun. 

Pada setiap tahun bahan mentah, komponen dan barangan kilang atau pun Cost of Goods Sold bagi kilang Panasonic ini adalah seperti berikut (WSJ) :

                                                        2022     2021    2020     2019     2018

Cost of Goods Sold (RM Juta)      774       788      852        920      957

Maksudnya supplier-supplier yang telah supply bahan mentah, komponen dan barangan kilang untuk Panasonic akan kehilangan jualan mereka pula sebanyak RM774 juta (2022) dan sebagainya.  

Habis macam mana pula dengan supplier-supplier komponen dan bahan mentah ini? Apakah supplier pun akan terjejas dan akan terpaksa tutup kilang atau buang pekerja mereka untuk menjimatkan kos? Tentu sekali caruman EPF syarikat supplier komponen pun akan terjejas.

What about usahawan Bas Kilang yang hantar pekerja ke kilang Panasonic? What about makcik yang jual beehun di kantin kilang? Semuanya akan terjejas. Semuanya akan rugi.

Di sebabkan satu kilang saja tutup. 

Seorang sahabat saya yang menjadi financial consultant kata "Our labour supply chain is at fault and if there is no remedy soon, more MNCs will pull out".

Ini antara sebab utama juga. Negara kita mengalami kesulitan membekalkan pekerja kilang (skilled and semi skilled) yang tidak cukup bagi menampung operasi syarikat pelabur asing.  

Juga 'hidden costs' dalam pengambilan pekerja asing adalah terlalu tinggi. Pegawai kementerian yang berkenaan pula sudah kena tangkap oleh SPRM atas tuduhan rasuah melibatkan pengambilan pekerja asing.  Pula !! 

Jadi tuan-tuan, agak-agak sajalah, lets say si Panasonic ini pergi jumpa pegawai kementerian yang berkenaan dan minta bantuan untuk mengambil pekerja asing pada kos yang munasabah. What will the pegawai do? 

Apakah dia akan terus hulur tangan untuk membantu ataupun air liur dia akan meleleh seperti harimau yang menerkam mangsa?

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.