PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming menggesa kerajaan menggantung pendaftaran pengguna untuk Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) sehingga kebimbangan berhubung isu keselamatan selesai.
“Saya menyarankan Jemaah Menteri membuat keputusan kolektif untuk menggantung pendaftaran pengguna Padu sehingga isu keselamatan selesai.
“Sistem itu patut diuji tekanan sewajarnya sebelum dilancarkan semula,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pengguna yang sudah mendaftar, tetapi belum melengkapkan pengesahan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) patut diminta mendaftar semula selepas isu keselamatan selesai.
“Saya berharap bekas rakan sekerja saya dalam Jemaah Menteri tidak akan melihat langkah ini sebagai menjejaskan objektif tadbir urus mereka,” kata bekas timbalan menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu.
Dalam menekankan kelemahan sistem Padu, beliau berharap mereka boleh memperbetulkannya secepat mungkin sebelum sidang Parlimen akan datang supaya parti pembangkang tidak berpeluang menjadikannya bahan perdebatan politik.
BERITA LANJUT MENYUSUL - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.