`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 28, 2024

Mudahkan proses kami ambil pekerja asing, rayu persatuan gunting rambut

 

Sabtu lalu media melaporkan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan berkata kedai gunting rambut dan pembuat barang kemas antara sektor mengalami kekurangan pekerja.

PETALING JAYA: Sebuah persatuan mewakili tukang gunting rambut India menggesa Kementerian Sumber Manusia (KSM) melonggarkan syarat pengambilan pekerja asing kerana sektor itu masih berdepan masalah kekurangan pekerja yang merencatkan produktiviti mereka.

Setiausaha Persatuan Pemilik Gaya Rambut Salun India Malaysia, M Meenaq Kumar, mencadangkan segala proses permohonan dipermudahkan dengan memberi kelulusan kuota pekerja asing kepada pemilik premis berpandukan bilangan kerusi.

“Misalnya kalau ada lima kerusi di kedai bermakna saya boleh dapatkan empat pekerja asing dan seorang pekerja tempatan. Saya boleh buat persediaan mengikut kuota diiberi.

“Kemudian bagi enam bulan atau setahun untuk pemilik penuhi kriteria ditetapkan KSM. Jika gagal berbuat demikian, kementerian boleh rujuk kepada Jabatan Imigresen untuk memberhentikan pembaharuan permit pekerja asing sehingga peroleh kelulusan daripada jabatan berkaitan,” katanya kepada FMT.

M Meenaq Kumar.

Meenaq berkata, pemilik premis perlu menyediakan penginapan kepada pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan Jabatan Tenaga Kerja terlebih dahulu bagi meneruskan proses permohonan kuota.

“Belanja beribu-ribu tetapi belum tahu lagi bila dapat kelulusan, dan bila pekerja asing akan masuk. Kalau ia ambil masa enam bulan untuk bawa mereka masuk, saya perlu bayar sewa rumah itu walaupun belum didiami pekerja.

“Apabila saya siap belanja, menyediakan penginapan semua, KSM tidak bagi bilangan kuota yang dipohon, 90% permohonan ditolak. Daripada lima pekerja dipohon…mungkin bagi seorang sahaja, sedangkan saya sudah belanjakan wang bagi penginapan lima pekerja itu,” katanya.

Katanya, garis panduan penginapan pekerja daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak setara di setiap negeri turut merumitkan proses permohonan itu.

Sabtu lalu, media melaporkan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan berkata kedai gunting rambut dan pembuat barang kemas antara sektor masih mengalami kekurangan pekerja.

Katanya, beliau dimaklumkan masih ada 5,000 daripada kuota yang diumumkan belum dipenuhi.

September lalu, Jemaah Menteri bersetuju membuka 7,500 kuota bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas susulan pembukaan semula pengambilan pekerja asing sektor berkaitan yang dibekukan sejak 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.