`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 27, 2024

Operasi cari 3 lagi mangsa tanah runtuh Cameron Highlands

 

Semalam, dua daripada lima mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari kawasan runtuhan. (Gambar Bernama)

CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, disambung pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Md Gezani Md Ghazi, berkata operasi bermula 8.30 pagi melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.

“SAR turut disertai pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, polis, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Kerja Raya,” katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Bomba di lokasi insiden.

Ads by Kiosked

Beliau berkata, dua anjing pengesan (K9) JBPM turut digerakkan bagi membantu operasi yang menumpukan sektor tengah runtuhan berhampiran lokasi dua mayat mangsa ditemukan semalam, dalam radius 50m.

Gezani berkata, pemantauan pihak JMG di lokasi setakat ini mendapati tiada pergerakan tanah baharu, namun operasi menyelamat terpaksa dihentikan jika hujan lebat.

Tinjauan Bernama mendapati pasukan SAR dilihat membawa pelbagai peralatan menggali seperti cangkul, kit barangan asas serta pengusung dalam keadaan gerimis.

Mereka perlu berjalan sejauh 3km untuk menuju ke lokasi runtuhan berikutan ia tidak dapat diakses menggunakan kenderaan akibat berbukit.

Semalam, dua daripada lima mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari kawasan runtuhan.

Pada kira-kira 2.40 pagi semalam, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas dua rumah pekerja yang dihuni semua mangsa ditimbus dalam insiden tanah runtuh itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.