`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 19, 2024

Tarif air Kelantan naik 23 sen

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada Rabu lalu mengumumkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Labuan naik 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Feb.

PETALING JAYA: Kelantan mengumumkan tarif air baharu untuk pengguna domestik negeri itu naik sebanyak 23 sen bagi setiap satu meter padu, berkuat kuasa 1 Feb ini.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata kadar caj untuk 0 hingga 20 meter padu pertama meningkat kepada 68 sen berbanding 45 sen sebelum ini.

Bagi yang melebihi 20 hingga 35 meter kadar baharu adalah RM1.26 berbanding 97 sen sebelum ini, lapor Berita Harian.

“Yang melebihi 35 meter padu pula naik RM1.68 berbanding RM1.42 sebelum ini. Caj minimum sebelum ini adalah RM4.50 dan naik kepada RM6.80.

“Bagi pengguna bukan domestik pula adalah RM1.95 bagi 0 hingga 35 meter padu dan naik kepada RM2.03 selepas 1 Feb manakala melebihi 35 meter padu adalah RM2.20 naik kepada RM2.28,” katanya.

Menurut AKSB lagi, caj minimum untuk pengguna bukan domestik sebelum ini adalah RM19.50 meningkat kepada RM20.30.

Kenaikan itu susulan pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada Rabu lalu mengenai tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Labuan naik 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Feb. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.