`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 5, 2024

Its Gonna Be A "Bad Day At Black Rock". PRK SG BAKAP, ANALISA OLEH PENDITA

 

Sama ada akan berlaku peralihan sokongan pengundi Melayu terhadap PH esok (6/7/2024) di PRK Sg. Bakap akan menentukan jika kestabilan gabungan PH dan BN akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Mungkin ada yang tertanya bagaimanakah keputusan pilihan raya kecil Sg. Bakap boleh menentukan nasib Kerajaan Perpaduan sekarang ini.

Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa di Semenanjung Malaysia, pengundi Melayu mengidamkan "kerajaan Melayu".

Walaupun mereka menjadi rakan kongsi dalam gabungan PH tetapi  
PKR dan Amanah tidak dilihat sebagai parti Melayu. Hampir 55% ahli PKR dipercayai daripada kaum India manakala ahli Cina dijangka sekitar 20%. Ia itu 75% ahli PKR adalah bukan Melayu.

PH biasa menang kerusi dengan menarik 85%-95% undi Cina dan India di kerusi-kerusi campuran. Sokongan orang Melayu terhadap PKR dan Amanah jarang melebihi "purata nasional" sebanyak 15% sahaja.

Bagaimanapun, dengan gabungan bersama BN, harapan mereka adalah PH boleh memperoleh peratusan undi yang lebih besar di Sg. Bakap.

Apakah ini boleh terjadi esok? Pengundi Melayu BN dijangka tidak akan memberikan sokongan majoriti kepada calon PKR. Ini adalah disebabkan permusuhan lama antara PKR dan UMNO ditambah pula dengan penolakan pengundi Melayu terhadap DAP.

Jika calon PKR gagal memperoleh sekurang-kurangnya 40% daripada jumlah undi Melayu di Sg Bakap pada esok hari, petanda untuk PH dan BN akan menjadi  jelas. Tidak mustahil bagi komponen BN terutama sekali UMNO mengambil keputusan untuk kembali bermain secara solo pada PRU akan datang. Jika PH kalah di Sg Bakap maka akan timbul keraguan yang serius bahawa kerjasama antara BN dan PH dalam Kerajaan Perpaduan tidak mampu membawa kejayaan pada PRU 16 nanti.

Bukan mudah bagi BN untuk mendapatkan semula sokongan Melayu yang sudah hilang.

PENDITA
5.7.24

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.