`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 24, 2024

3 jambatan runtuh, empangan pecah, 109 terperangkap di Perak

 

Free Malaysia Today
Anggota penyelamat memindahkan mangsa banjir di Slim Village, Slim River. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka selepas 109 penduduk dari beberapa kampung terperangkap akibat banjir dan kepala air yang menyebabkan empangan di Kampung Ulu Slim, Slim Village pecah semalam.

Kampung Sungai Bil serta Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil di Slim Village dan Kampung Pasir serta Eco Park Risda di Ulu Slim antara yang terjejas, manakala jambatan jalan utama Slim Village, Jambatan Ulu Slim dan Jambatan Kampung Piong Sungai Bil pula runtuh.

Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris berkata, pihaknya dimaklumkan kepala air berlaku di Kampung Sungai Bil pada 6.46 petang Jumaat dan Empangan Kampung Ulu Slim pecah.

Jumlah mangsa terperangkap di Kampung Sungai Bil seramai 50 orang, manakala 15 orang di Sir Zulkifli Campsite, sementara 25 orang di Kampung Pasir Ulu Slim dan Eko Park Risda Ulu Slim (19 orang),
 katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Slim Village bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam mendapati paras air naik kira-kira 0.5m di sembilan rumah penduduk akibat limpahan air sungai.

Justeru, beliau berkata, sebuah PPS dibuka di Masjid Jamek Kampung Pasir bagi menempatkan mangsa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Jambatan Slim Village yang menjadi tapak bersejarah pertempuran Slim River ketika Perang Dunia Kedua runtuh dalam kejadian 8 malam tadi akibat banjir selepas hujan lebat.

Beliau dipetik Bernama berkata, ia melibatkan laluan sepanjang 4m di Jalan Slim River-Ulu Behrang dekat Mualim yang kini ditutup kepada semua jenis kenderaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.