`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 4, 2024

3 lelaki pukul warga asing ditahan

 

handcuff
Polis berkata tiga lelaki direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

GEORGE TOWN
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan warga asing di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, hari ini.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 30 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Barat Daya.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki warga asing yang mendakwa semasa dia berada di pusat hiburan itu, sekumpulan lelaki telah datang lalu memukulnya menggunakan botol kaca.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di bahagian kepala, tangan dan kaki, malah dia juga mendapati duitnya sebanyak RM2,000 turut hilang disyaki diambil semasa sedang bergelut dengan suspek,
 katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Tiga lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.