`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 14, 2024

BERITA YANG PALING PENTING BAGI MALAYSIA : CHINA OIL DEMAND

 


 

  • Fortunes for China, the world’s largest crude oil importer, and Saudi Arabia, the world’s largest oil exporter, have crossed again. 
  • China’s oil imports are dropping. For the first seven months of the year, the country imported 2.4 percent less oil than in the same period last year. 
  • While that might seem insignificant, it’s substantial given the scale of China’s oil intake, representing a tenth of global oil production. 
  • demand decreases so far this year mark the largest in almost two decades for China.
  • (other) reasons for China’s lower oil demand, and much of it is welcome news. More electric electric vehicles (EVs) and natural gas-powered trucks are hitting the roads. More than half of the passenger cars sold in China last month were EVs or hybrids. EVs and natural gas-powered trucks will displace 10 to 12 percent of gasoline and diesel demand this year, according to China National Petroleum Corp. This in turn lowers overall oil demand and hence oil imports

OSTB : Tuan-tuan, dalam keadaan perang di Ukraine, Terusan Suez (Suez Canal) hampir shutdown, pelbagai kekangan ekonomi dunia (economic sanctions terhadap Rusia dan Cina) tetapi harga minyak dunia sedang jatuh merudum juga. 

Pada bulan Julai harga minyak dunia sekitar US$85 satu tong. Hari ini 13 Sept 2024 harga minyak adalah US$67 satu tong. Penurunan sebanyak 21% !! 

Memandangkan kewangan Kerajaan sangat bergantung kepada hasil minyak dan ekonomi Melayu pula hampir 100% bergantung kepada perbelanjaan Kerajaan maka kejatuhan harga minyak lebih 21% itu akan memberi kesan yang besar kepada kewangan Kerajaan dan ekonomi orang Melayu.

Inilah berita dan perkara yang sangat relevan dan sangat mustahak bagi negara dan masyarakat kita.

Bukan isu kedai no alchohol, stokin tulisan entah apa, yang terkini berita jijik tetapi tersangat sedih 402 anak-anak Melayu diperkosa oleh para ostad.

Analisa oleh akhbar online Asia Sentinel adalah paling tepat. Negeri China sangat galakkan pengguna membeli kereta eletrik atau EV (Electric Vehicle) yang mempunyai efficiency yang melebihi kereta enjin petrol.

"current EVs are 2.6 to 4.8 times more efficient at traveling a mile compared to a gasoline internal combustion engine, according to real world data collected by the U.S. Department of Energy (DOE)"

Dulu saya sendiri kurang yakin bahawa kereta eletrik (EV) mempunyai fuel efficiency yang boleh begitu melebihi kereta enjin petrol tetapi teknoloji bateri (EV batteries) telah banyak berubah dan maju. Efficiency dan kos pembuatan bateri untuk kereta EV makin maju dan murah setiap tahun. 

The International Energy Agency (IEA) estimates that in 2020, the transportation industry accounted for over 64% of the world's oil consumption

Memandangkan bahawa 64% daripada pengeluaran minyak sedunia digunakan sebagai bahan bakar oleh kereta, bas, lori, kapal, keretapi dan kapal terbang maka penambahan yang begitu mendadak dalam penjualan kenderaan EV di negeri China (kereta, bas, lori) yang mengakibatkan penurunan impot minyak oleh negeri China  menyebabkan harga minyak dunia jatuh sebanyak 21% sejak bulan Julai yang lalu. 

Rumusannya :

1. Negara China adalah gergasi dunia. Apa yang berlaku di negeri China akan tentukan nasib ekonomi dunia, terutama sekali nasib negara pengeluar minyak seperti Malaysia.

2. Demand atau permintaan untuk minyak sebagai bahan bakar di negeri China makin berkurangan dan akan berkurangan untuk beberapa tahun lagi memandangkan penggunaan kereta EV di China masih meningkat-kembang dan sangat jauh daripada tahap maksimum. 

3. Negara pengeluar minyak akan mengalami kekurangan hasil minyak dan negara Arab Timur Tengah akan mengalami pelbagai tegangan dan krisis. Dan mereka akan mendekati  cara pancung-memancung kepala orang untuk mengatasi masalah.  

4. Jika Donald Trump kembali menjadi presiden Amerika Syarikat pada November ini peperangan Ukraine akan berakhir. Sekatan ekonomi terhadap penjualan minyak dan gas oleh Rusia akan berakhir.  Maka harga minyak dan gas akan menurun lagi.  

Jadi Tuan-Tuan dont say I did not warn you. Inilah realiti sebenarnya dalam dunia kita. Bukan isu tak masuk akal seperti stokin bertulis, kedai no alchohol, berbaik dengan ostad peliwat dan perkara yang amat bodoh macam itu. 

Kiamat makin menghampiri negara pengeluar minyak. 

Kalau minyak itu tidak boleh dijual, takkan kita nak mandi minyak hitam?

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.