`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 6, 2024

Operasi di perairan Sarawak sah, kata presiden Petronas

 

Petronas
Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata adalah hak Petronas untuk menjalankan penerokaan dalam perairan berdaulat negara.

KUALA LUMPUR
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan sekali lagi bahawa ia beroperasi secara sah di perairan Sarawak.

Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengulangi kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai hak Petronas untuk menjalankan penerokaan dalam perairan berdaulat negara.

Tengku Taufik menegaskan sepanjang suku tersebut, firma minyak negara itu mematuhi arahan kerajaan dan pengawasan Majlis Keselamatan Negara.

Kami telah menjalankan tugas dengan selamat dan mengikut takrifan wilayah seperti yang digariskan dalam peta 1979,
 katanya.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Mohd Jukris Abdul Wahab pula berkata syarikat itu kekal fokus kepada aktiviti huluannya di rantau ini.

Unjuran kami untuk lima tahun akan datang adalah menumpukan perhatian kepada pembangunan penemuan yang dibuat sejak dua tahun lalu,
 katanya.

Dalam laporan baru-baru ini, China menuntut Malaysia menghentikan serta-merta semua aktiviti di kawasan yang kaya dengan minyak di kawasan luar Sarawak.

Tuntutan ini dibuat dalam satu nota bantahan yang dihantar ke kedutaan Malaysia di China minggu lalu tetapi dibocorkan kepada media Filipina.

Bercakap dari Rusia semasa lawatan rasmi hari ini, Anwar menjelaskan bahawa aktiviti penerokaan negara berada dalam wilayah Malaysia dan tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi atau memusuhi China, yang mana Malaysia masih mengekalkan hubungan persahabatan.

Perdana Menteri menjelaskan Malaysia akan meneruskan penerokaan minyak dan gasnya di Laut China Selatan walaupun terdapat tuntutan China. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.