`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 23, 2024

Jadikan stesen cas EV aset grid kebangsaan, kerajaan diberitahu

 

ev
Yeo Bee Yin berkata, TNB boleh menampung kos pembinaan stesen pengecasan memandangkan impak stesen itu adalah besar dan positif. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR
Kerajaan dicadang supaya menjadikan stesen pengecasan sebagai aset grid kebangsaan bagi menampung potensi pertambahan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Yeo Bee Yin (PH-Puchong), berkata jumlah EV dan stesen pengecasan adalah ibarat situasi “chicken and egg” (ayam dan telur) dan jika tidak ada cukup stesen pengecasan, rakyat tidak akan membeli EV.

“Tetapi, jika tidak cukup EV, tiada syarikat nak memasang stesen pengecasan kerana pendapatan stesen adalah bergantung pada berapa banyak kereta elektrik yang dicas setiap hari,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Yeo mencadangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menampung kos pembinaan stesen pengecasan melalui perbelanjaan modal daripada Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk tempoh kawal selia (RP) seterusnya iaitu RP4 bagi tempoh 2025-2027.

“Dengan memasukkan pemasangan stesen pengecasan di bawah IBR, TNB akan menjadi pelaksana utama dan ia boleh merancang dan memasang stesen pengecasan dengan cepat dan efisien di tempat-tempat awam.

“Selain itu, kos per unit stesen pengecasan akan menjadi lebih rendah dengan adanya ekonomi bidangan,” katanya.

Yeo berkata, semua perbelanjaan modal infrastruktur grid kebangsaan adalah dikira di bawah IBR dan ia adalah antara komponen digunakan untuk menentukan tarif asas di Semenanjung.

Menurutnya, jika perbelanjaan modal untuk RP4 adalah sama seperti RP3 iaitu RM20 bilion, perbelanjaan pembinaan stesen pengecasan hanya 2.9% daripada jumlah perbelanjaan modal yang akan diperuntuk oleh TNB untuk tempoh 2025-2028.

“Saya telah kira secara kasar, untuk mencapai sasaran 10,000 stesen pengecasan kita perlu membina kira-kira 7,500 stesen lagi.

“Andai kata 20% daripada ini adalah pengecas ‘direct current’ (DC), yang mana kos sekitar RM250,000 dan 80% pengecas ‘alternating current’ (AC) yang mana kos sekitar RM35,000, maka jumlah kos ialah RM585 juta.

“The question now is, is it worth investing? (Persoalannya sekarang adakah berbaloi untuk melabur?) I think it’s a big yes (Saya berpandangan ia sangat berbaloi) . Ini kerana impak stesen-stesen ini adalah besar dan positif,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.