`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 24, 2024

3 beranak disyaki pengikut ‘Ahmadi’ ditahan

 

Free Malaysia Today
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS Zaki Hamzah menunjukkan ajaran Ahmadi yang disebarkan di media sosial. (Gambar Bernama)

SEREMBAN
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak di sebuah rumah di Ampangan dekat sini semalam kerana disyaki menjadi pengikut ajaran Ahmadi Religion.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS, Zaki Hamzah, berkata suspek terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.kumen disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran itu yang bertentangan dengan hukum syarak dalam serbuan pada 2 petang tadi.

“Kami turut menemukan bukti tiga beranak ini sudah berbaiah. Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sudah lama tidak menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada Disember.

“Mereka juga terpengaruh dan belajar ajaran berkenaan menerusi media sosial terutamanya YouTube,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zaki berkata siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 52 dan 35 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (Pindaan 2019). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.