`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 31, 2024

Pesara juga terima manfaat pelarasan SSPA

 

Free Malaysia Today
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz seru penjawat awam untuk memilih SSPA sebelum tempoh opsyen berakhir 30 Nov ini.

MARANG
Pesara kerajaan bakal menerima manfaat daripada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) apabila pencen yang mereka terima akan diselaraskan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata pelarasan itu akan menambah peratusan pencen diterima pesara menerusi persetujuan oleh kerajaan sekali gus membolehkan kumpulan itu menikmati kenaikan seperti diperoleh penjawat awam yang masih berkhidmat.

“Pelarasan pencen ini memang dilaksanakan setiap kali terdapat sistem saraan baharu. Bukan hanya mereka yang dalam perkhidmatan yang akan mendapat manfaat, sebaliknya pesara juga akan merasakanya.

“Namun, bagi mereka yang memilih untuk kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan kemudian akan menerima pencen pada tahun hadapan, pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji akhir SSM. Sementara bagi yang memilih opsyen SSPA, pengiraan pencen akan berdasarkan gaji akhir SSPA iaitu selepas pelarasan Disember ini,” katanya selepas menyantuni dua pesara kerajaan semalam.

Wan Ahmad Dahlan yang menyeru penjawat awam untuk memilih SSPA sebelum tempoh opsyen berakhir 30 Nov ini turut menjelaskan mereka yang memutuskan untuk kekal dengan SSM tidak akan dinafikan hak pencen mereka ketika bersara kelak, namun tidak akan mendapat pelarasan gaji Disember nanti.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 2024 Ogos lepas berkata pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima pelarasan pencen sama dengan kenaikan peratusannya yang dinikmati oleh penjawat awam yang sedang berkhidmat, melalui dua fasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.