`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 31, 2024

Persaksian secara "hearsay" tidak diterima mahkamah sivil

 Antara sebab utama sistem pengadilan secara pendakwaan di mahkamah sivil sangat berjaya dan berguna untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan manusia adalah sistem mengemukakan bukti atau evidence yang boleh diterima mahkamah sivil.  

Pihak pendakwa dan pembela mesti menunjukkan bukti mereka masing-masing untuk menyokong hujah mereka.  Menurut ayat al Quran yang terkenal : 

قل هاتو برهانكم إن كنتم صادقين

(Qul haatu burhanukum inkuntum sadikin)   maksudnya 'Katakanlah, datangkanlah bukti-bukti kamu, jika kamu orang yang benar!'

Kita mesti tunjuk bukti yang benar yang boleh diterima mahkamah sivil. Dan mahkamah sivil akan terima persaksian mata (eye witness atau "saksi mata" dalam bahasa Indonesia) serta bukti forensic dan tangible evidence sebagai bukti. Forensic evidence dan tangible evidence termasuk kesan DNA, cap jari (fingerprints), senjata atau weapon yang digunakan oleh tertuduh, dokumen rasmi (penyata bank dsbnya).

Ikut bahasa mahkamah, semua ini akan termasuk 'cogent evidence'. Pencarian online 'cogent evidence' menghasilkan yang berikut:

  • Cogent evidence is evidence that is more convincing and carries greater weight than a preponderance of evidence. It is evidence that shows that something is highly probable to have occurred.  
  • In a fraud case, the burden of proof is clear, cogent, and convincing evidence.

preponderance of evidence  merujuk bukti yang banyak atau bilangannya yang banyak.  Tetapi kualiti dan mutu sesuatu persaksian / bukti yang kukuh akan lebih meyakinkan dan mengesahkan berbanding dengan bilangan atau banyaknya persaksian yang lain (preponderance of evidence).  Kebenaran sesuatu persaksian sebagai bukti itu tidak terikat kepada bilangan ramai orang yang telah saksikannya. Persaksian yang ramai tidak semestinya bermaksud bukti itu harus diterima. 

Untuk fahami perkara ini satu lagi ayat Quran adalah sangat relevan:

Surah 6:116   وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ  

maksudnya : "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta"

Jadi tiada jaminan bahawa bilangan yang ramai atau puak yang ramai atau golongan yang majoriti itu adalah benar. 

Dan mahkamah juga akan membezakan antara hearsay testimony dan first person witness.

Mahkamah hanya akan menerima persaksian first person witness. Maksudnya "A first person witness is anyone who recounts events from their perspective as a witness or participant".  Saksi itu telah melihat sesuatu perkara itu berlaku dengan mata kepalanya sendiri, dan mendengar secara langsung dengan telinganya sendiri atau adalah pelaku dan peserta dalam peristiwa itu. Maka persaksiannya boleh diterima oleh mahkamah sivil.  

Sebarang saksi selain daripada 'first person witness' ini tidak akan diterima oleh mahkamah sivil. Selain daripada 'first person witness' ini akan digelar sebagai hearsay evidence atau hearsay testimony. Hearsay maksudnya khabar angin, omong kosong atau berita yang tidak boleh disahkan kebenarannya.

Hearsay itu ibarat mata rantai menyambungkan antara tukang-tukang cerita yang menceritakan sesuatu peristiwa, daripada pencerita terawal sehingga pencerita terakhir dalam rantai itu.

 

Contohnya rangkaian seperti :  "Ali telah dengar daripada Sufyan, yang telah dengar daripada Zaid yang telah dengar daripada Harith, yang telah dengar daripada Abu Salamah, bahawa ..."  tidak akan diterima sebagai persaksian yang sah atau bukti yang kukuh (cogent evidence) oleh mahkamah sivil. Mahkamah sivil akan menolak persaksian seperti ini sebab ia adalah 'hearsay' atau khabar angin.

Untuk makluman sahaja.

 

Debating In Islamic Heritage (2)

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.