`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 19, 2025

Anak anggota polis ditemukan lemas di sungai

 

drowning lemas
Mangsa ditemukan penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 9.10 malam, kata Ketua Polis Ranau Mursalin Mahmud. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA
Anak kepada seorang anggota polis ditemukan lemas di sungai dalam kejadian di Kampung Minihas, Ranau malam tadi.

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu ditemui penduduk kampung pada 8.05 malam.

Ketua Polis Ranau, Mursalin Mahmud, berkata sebelum kejadian mangsa dikatakan keluar rumah seorang diri, kira-kira 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, bapanya menyedari mangsa tidak pulang ke rumah pada 5.40 petang.“Jarak rumah mangsa dengan tempat kejadian kira-kira 500 meter,” katanya, menurut Berita Harian.

Mursalin berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kedalaman sungai berkenaan kira-kira dua meter.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati arus sungai seperti biasa namun terdapat pusaran air dan belum dapat dipastikan sama ada mangsa mandi ketika itu.

“Mangsa ditemui orang kampung yang membantu dalam pencarian.

“Dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah namun disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Klinik Kesihatan Lohan, kira-kira 9.10 malam,” katanya.

Difahamkan, mangsa adalah anak kepada seorang anggota polis yang bertugas di IPD Ranau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.