`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 30, 2025

Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun

Nurin Hannani Hafizi
Gambar CCTV menunjukkan kali terakhir pelajar Malaysia Nurin Hannani Hafizi dilihat keluar dari kampusnya di Kure Kosen sebelum dilaporkan hilang. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR

Seorang pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke kampus sejak malam Isnin, menurut Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) pada Rabu.

MSAJ dalam hantaran di Facebook rasmi memaklumkan Nurin Hannani Hafizi, 21, penuntut institusi pengajian Kure Kosen dikatakan keluar dari kampus dengan hanya membawa beg galas, dompet dan pasport.

“Pihak Kosen telah membuat laporan polis mengenai kehilangan ini,” menurut hantaran itu.

MSAJ turut memohon bantuan komuniti untuk menyebarkan maklumat kehilangan Hannani.

Kehilangan pelajar itu turut dikongsi sebuah organisasi dakwah rakyat Malaysia di Jepun, IMAN Jepun menerusi Facebook dan pengguna media sosial.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.