`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 29, 2025

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan

 

Free Malaysia Today
Operasi menyelamat di Kampung Lereng Bukit tamat dengan penemuan mayat Fatimah Dawi. (Gambar Facebook)

MIRI
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Fatimah Dawi, 71, ditemukan pada 6.06 petang oleh penyelamat, kata ketua Polis Miri.

Alexson Naga Chabu yang merupakan komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.

“Mayat dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Alexson berkata sebanyak 12 individu terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3 pagi tadi dengan membabitkan dua rumah yang terletak bersebelahan di atas satu lot tanah yang sama.

Dengan penemuan itu, katanya operasi menyelamat tamat sepenuhnya.

Pasukan penyelamat menemukan mayat pertama seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 6.17 pagi tadi, diikuti seorang wanita pada 10.53 pagi.

Mayat dua kanak-kanak perempuan kemudian ditemukan masing-masing pada 11.38 pagi dan 10.48 pagi.

Tujuh individu berusia lingkungan 14 hingga 60 tahun terdiri daripada dua lelaki dan bakinya wanita dari kedua-dua rumah terbabit terselamat dalam kejadian itu.

Operasi menyelamat dalam keadaan hujan lebat itu membabitkan 19 pegawai dan 85 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan dengan dibantu penggunaan sebuah jengkaut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.