`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 31, 2025

KKM nafi vaksin X dibawa masuk, petugas dipaksa suntik

 

kkm fmt
Virus X adalah istilah yang digunakan oleh WHO pada 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

PETALING JAYA
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan virus X telah dibawa masuk secara senyap di negara ini dan petugas perkhidmatan kesihatan dipaksa mengambil vaksin.

Facobook Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan pihaknya juga mengesan hantaran di media sosial yang menghasut kakitangan KKM supaya tidak hadir bekerja.

“Adalah dimaklumkan bahawa semua tohmahan di atas tidak benar sama sekali. Tiada virus x mahupun vaksin yang disebut,” menurut hantaran itu.

Dzulkefly juga menegaskan tiada pihak lain yang memberi kuasa penuh kepada KKM atau mana-mana badan lain untuk memberikan suntikan vaksin kepada petugasnya.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih hanya daripada saluran rasmi terutamanya laman media sosial KKM,” menurut hantaran itu.

Pada Oktober 2023, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan berkata orang ramai tidak perlu bimbang berlebihan dalam menghadapi risiko penyakit X, walaupun virus itu diramal menjadi ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh WHO pada 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Penularan virus X boleh berasal dari pelbagai sumber termasuklah secara zoonotik, iaitu jangkitan dari haiwan kepada manusia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.