
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.
Dalam kenyataan di media sosial MetMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Setakat petang tadi, Johor dan Perak menjadi dua negeri yang masih dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 3,779 dan 31 mangsa. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.