`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 19, 2025

Rayuan tukar kategori tawaran haji masih dibuka, kata TH

 

haji umrah
Menurut TH, pihaknya menyemak silang maklumat bakal jemaah dengan agensi-agensi kerajaan bagi menentukan kategori B40, M40 dan T20 untuk tawaran haji.
PETALING JAYA
Tabung Haji (TH) menegaskan pihaknya masih menerima permohonan rayuan menukar kategori tawaran haji, sekali gus menafikan menzalimi bakal jemaah tahun ini, seperti yang didakwa di media sosial.

Menurut TH, pihaknya telah mengkategorikan semula lebih 700 individu kategori M40 dalam kalangan suri rumah, pelajar dan warga emas, kepada kategori B40 setelah menerima rayuan berserta bukti daripada mereka.

“Sejak 2022, TH menyemak silang maklumat bakal (jemaah) haji dengan agensi-agensi kerajaan bagi menentukan kategori B40, M40 dan T20,” katanya dalam kenyataan.

Agensi itu menjelaskan, bakal jemaah yang menerima bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah termasuk dalam kategori B40 manakala individu yang berpendapatan lebih RM15,000 sebulan tergolong dalam kategori T20.

Sementara itu, bakal jemaah yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori tersebut dikira sebagai M40.

Bagaimanapun, kata TH, pihaknya telah dan masih menerima permohonan rayuan menukar kategori tawaran.

Sebelum ini, tular dakwaan di media sosial bahawa TH ‘menzalimi’ bakal jemaah berkaitan permohonan rayuan kategori tawaran haji.

TH hari ini berkata, pihaknya memandang serius tuduhan tidak benar yang memburukkan reputasinya dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.

“(TH) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.