`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, August 10, 2025

Ribut petir, hujan lebat diramal di kebanyakan negeri

Ia diramal berlaku sehingga 11 pagi ini.

hujan ribut
Kebanyakan negeri termasuk Kedah, Selangor, Perak serta Wilayah Persekutuan diramal mengalami cuaca ribut petir dan hujan lebat pagi ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah iaitu di daerah Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik, serta beberapa kawasan di Pulau Pinang iaitu di barat daya dan barat laut negeri itu serta Seberang Perai Utara.

Keadaan cuaca sama turut diramalkan di beberapa kawasan di Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran tersebut turut membabitkan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak) dan Sabah (Tawau dan Semporna). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.