`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, November 28, 2025

Pejabat SPRM Perlis kembali operasi

Selasa lalu, pejabat SPRM Perlis dilaporkan ditutup sementara susulan laluan ke agensi itu dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

sprm macc
SPRM memaklumkan sebarang urusan rasmi, termasuk membuat aduan serta rujukan dengan pejabat SPRM Perlis berjalan seperti biasa. (Gambar Bernama)
KANGAR:
 Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis kembali beroperasi hari ini selepas banjir surut.

SPRM memaklumkan sebarang urusan rasmi, termasuk membuat aduan serta rujukan dengan pejabat SPRM negeri berjalan seperti biasa.

“SPRM ingin memaklumkan pembukaan semula pejabat SPRM Perlis bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lalu, pejabat SPRM Perlis dilaporkan ditutup sementara susulan laluan ke agensi itu dinaiki air dan tidak dapat dilalui. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.