`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, August 6, 2026

Pastikan ketelusan, kata C4 berkait pasukan khas pantau pelabuhan

 Ketua Penyelidikan dan Advokasi Dasar Arief Hamizan harap saluran untuk orang awam menuntut ketelusan dipertingkat.

westport
SPRM dan JKDM sebelum ini cadang penubuhan petugas khas pantau ketirisan di pelabuhan.
PETALING JAYA:
Mekanisme ketelusan dan akauntabiliti lebih kukuh diperlukan bagi memastikan agensi kerajaan dapat dipantau secara berkesan oleh masyarakat dalam menangani ketirisan, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Ketua Penyelidikan dan Advokasi Dasar, Arief Hamizan, berkata cadangan penubuhan petugas khas antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menangani ketirisan hasil negara di pelabuhan disifatkan langkah positif.

Namun, beliau berharap saluran untuk orang awam menuntut ketelusan turut dipertingkat selain mengurangkan birokasi kerahsiaan untuk meningkatkan keyakinan awam.

“Ini (penubuhan petugas khas SPRM- JKDM) langkah positif namun peranan, kuasa dan mekanisme pelaksanaannya perlu ditakrifkan dengan jelas.

“Garis panduan kukuh diperlukan bagi memastikan pasukan petugas itu beroperasi dengan berkesan, mengelakkan pertindihan tanggungjawab dan menghasilkan impak bermakna dalam menangani kelemahan penguatkuasaan serta tadbir urus,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, pada 15 Julai lalu dipetik berkata cadangan itu antara dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari JKDM, Amran Ahmad.

Turut dibincangkan cabaran khususnya berkaitan urusan pemeriksaan kastam, selain membincangkan kerenah birokrasi dan pelbagai isu domestik dihadapi JKDM.

Amran pula berkongsi maklumat mengenai taktik sindiket yang mengelak pembayaran cukai, termasuk kegiatan penyeludupan serta pemalsuan maklumat atau dokumen bagi mendapatkan kelulusan bawah kategori berbeza.

Perkembangan itu menyusul ketika pemain industri membangkitkan isu tadbir urus di pelabuhan terutama berhubung dakwaan percanggahan antara bil muatan dan pergerakan fizikal kargo petroleum.

Arief turut menegaskan usaha memperkukuh penguatkuasaan perlu disokong dengan pembaharuan institusi yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam agensi kerajaan.

Menurutnya, cadangan reformasi termasuk pengenalan undang-undang kebebasan maklumat serta penubuhan pejabat Ombudsman persekutuan bagi menyiasat dan menyelesaikan aduan awam terhadap badan kerajaan mampu memperkukuh pengawasan masyarakat.

“Kejayaan reformasi berkenaan bergantung kepada sejauh mana kerangka pelaksanaannya selaras dengan amalan terbaik antarabangsa bagi mewujudkan institusi awam yang lebih terbuka, responsif dan diyakini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.