Suspek sebelum itu ditahan susulan laporan diterima polis berhubung kejadian semalam.

Perintah reman hingga 28 Sept itu dikeluarkan oleh Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor Berita Harian.
Suspek yang sebelum itu dirawat di Hospital Kota Tinggi tiba di perkarangan mahkamah pada 9 pagi dengan diiringi anggota polis.
Semalam, Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman dilaporkan berkata, pihaknya menahan suspek susulan laporan diterima berhubung kejadian pada 9.30 pagi.
Suspek dipercayai mencampak mangsa ke sungai sebelum mengamuk dengan bersenjatakan parang dan mengejar bapa mangsa berusia 40 tahun.
Seorang anggota polis turut cedera dalam pergelutan ketika cuba menahan suspek.
Suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan punca kejadian masih disiasat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.