`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Wednesday, November 11, 2026

Zahid takut hilang portfolio KKDW jika Kabinet dirombak, dakwa Puad

 Bekas pemimpin Umno itu turut mempersoalkan keberanian menteri BN meletak jawatan jika portfolio mereka ditukar susulan kerjasama parti itu dengan PAS di Melaka.

Puad Zarkashi
Puad Zarkashi berkata rombakan Kabinet lebih wajar dilakukan kerana PRU16 masih jauh, berbanding membubarkan Parlimen seperti dicadangkan Presiden Umno Zahid Hamidi.
PETALING JAYA:
Tindakan Presiden Umno Zahid Hamidi mencadangkan pembubaran Parlimen berbanding rombakan Kabinet mungkin kerana bimbang kehilangan portfolio menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), dakwa Puad Zarkashi.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu turut mempersoalkan sama ada menteri BN lain berani meletak jawatan sekiranya portfolio mereka berubah dalam rombakan Kabinet.

Puad berkata, rombakan Kabinet lebih wajar dilakukan kerana PRU16 masih jauh, berbanding membubarkan Parlimen seperti dicadangkan Zahid.

“Zahid takut kalau rombak kabinet mungkin potfolio dia di KKDW akan bertukar.

“Bukan itu sahaja potfolio menteri BN yang lain juga mungkin berubah,” katanya di Facebook.Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, semalam berkata pembubaran Parlimen lebih baik daripada rombakan Kabinet bagi membolehkan rakyat memberikan mandat baharu sebelum Jemaah Menteri baharu dibentuk.

Kenyataan itu dibuat susulan kekosongan jawatan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan tamatnya tempoh pelantikan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan sebagai senator pada Disember ini.

Puad turut mengkritik BN yang dilihat berpatah arang dengan Pakatan Harapan (PH) apabila menghasilkan manifesto bersama PAS pada PRN Melaka.

Katanya, PH akan dilihat tidak bermaruah jika gagal mengambil tindakan terhadap BN bagi mempertahankan prinsip tanggungjawab bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Kerajaan perpaduan sudah tercemar baik dari segi nama atau imej jika tiada hukuman diambil,” katanya.

Puad merujuk tindakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987 apabila beberapa menteri dan timbalan menteri yang menyokong ‘Team B’ pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah digugurkan daripada Kabinet.

Beliau berkata, pendekatan politik segan silu sudah berakhir dan perkembangan itu sepatutnya ditangani dengan tindakan, bukan sekadar kenyataan.

“Kita tunggu, jika portfolio menteri BN kena tukar, apakah mereka berani letak jawatan?” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.