`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 13, 2018

BEKAS HAKIM NEGARA DIPECAT TUN M ZIARAH ABDUL HADI

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, menerima kunjungan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas, di kediaman beliau di sini.
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Hadi berkata, Salleh merupakan individu penting dalam krisis kehakiman 1988 ketika zaman Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Beliau merupakan bekas Ketua Hakim Negara yang tidak asing lagi dengan sejarah hitam krisis kehakiman dan perlembagaan tahun 1988 sehingga beliau dipecat sewaktu ‘Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan’ memerintah negara,” katanya sinis yang dipetik menerusi Facebooknya.
Salleh Abas seorang yang cukup dikenali sebagai ketua hakim Malaysia yang telah dipecat semasa krisis perlembagaan, sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan pencennya.
Kejadian ini dianggap secara meluas sebagai peristiwa yang mencetuskan pengurangan yang ketara terhadap kebebasan badan kehakiman Malaysia, serta melahirkan sindiran terhadap apa yang dikatakan pengamalan pengasingan kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia.
– http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.