`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 13, 2018

KUBANG PASU MENANTI KEPULANGAN ‘DOKTORNYA’

Pemilihan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pihak pembangkang, dijangka bertanding sama ada di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya. Baru-baru ini, The Malaysian Insight pergi ke tiga lokasi ini untuk mengukur sejauh mana sokongan kepada bekas perdana menteri itu. Artikel tiga siri ini akan dimulakan dengan Kubang Pasu.  
Kubang Pasu, dahulunya adalah sebuah lagi “pekan hantu” di Kedah dengan hutan yang padat adalah sesuatu yang biasa dan doktor atau jurutera jarang didapati.
Sebelum Dr Mahathir Mohamad tiba, Kubang Pasu hanyalah penempatan pertanian tradisional.
Tiada pembangunan dan satu-satunya bangunan pada 1970-an di kawasan itu adalah kedai runcit kolonial yang terletak di Jitra.
Ketua Cawangan Kubang Pasu Amanah Taib Abdul Rahman berkata semua berubah apabila Dr Mahathir menjadi ahli Parlimen Kubang Pasu yang pertama pada 1974.
“Kurang daripada dua dekad, Dr Mahathir mengubah Kubang Pasu menjadi hub pendidikan di Utara.
“Kalau kita tengok Kubang Pasu sekarang, ramai golongan profesional berbanding dulu kerana Dr Mahathir bina universiti.
“Dahulu, kalau nak jumpa golongan profesional di Kubang Pasu susah. Sekarang sudah ramai,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam seluas 334.88 km, dibuka pada 1995.
Antara syarikat besar yang terletak dalam kawasan perindustrian itu ialah Aerospace Composites Malaysia Bhd (ACM) yang merupakan syarikat usahasama antarabangsa antara
Boeing dan Heckel, Amerika Syarikat yang mengeluarkan bahan komposit untuk komponen kapal terbang.
Industri lain termasuk logistik dan gudang juga terletak 2km dari sempadan Thailand.
Pencapaian lain Dr Mahathir termasuk membina Dewan Wawasan yang merupakan dewan serba guna, Terminal Bas Jitra dan membina lebuh raya bebas tol dari Jitra ke Bukit Kayu Hitam yang dinamakan Lebuhraya Darul Aman yang juga sebahagian daripada lebuh raya PLUS.
Ketua Cawangan Kubang Pasu Amanah Taib Abdul Rahman berkata Dr Mahathir Mohamad berjaya mengubah Kubang Pasu menjadi hub pndidikan dalam tempoh kurang dua dekad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Januari, 2018.
Ketua Cawangan Kubang Pasu Amanah Taib Abdul Rahman berkata Dr Mahathir Mohamad berjaya mengubah Kubang Pasu menjadi hub pndidikan dalam tempoh kurang dua dekad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Januari, 2018.
Taib berkata punca terdapatnya ramai golongan profesional di situ kerana Dr Mahathir membina Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Kolej Matrikulasi Kedah semasa pentadbirannya.
Taib menambah yang Kubang Pasu dahulu adalah kawasan komunis. Daerah Sintok yang terletak di UUM diisytiharkan sebagai kawasan hitam pada 1960an semasa darurat.
“Dr Mahathir adalah individu yang mengubah Sintok dengan menubuhkan UUM.
“Dahulu tiada orang yang berani ke kawasan komunis tetapi sekarang sudah berubah,” katanya.
Dr Mahathir menjadi menteri pendidikan daripada 1974 hingga 1977.
Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH), menamakan Kubang Pasu sebagai salah satu daripada tiga kawasan pilihan raya yang mungkin beliau tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Kawasan pilihan raya lain adalah Langkawi dan Putrajaya.
Minggu lalu, ahli politik veteran berusia 92 tahun itu dipilih sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri di Konvensyen PH di Shah Alam sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
Kelebihan doktor
Taib berkata Dr Mahathir mempunyai kelebihan jika beliau bertanding di Kubang Pasu.
“Sesiapa pun yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Johari Baharum, PH mempunyai 50% peluang untuk menang.
“Tetapi kalau Dr Mahathir bertanding di sini, peluang naik 65%. PH tidak perlu susah payah. Sebabnya beliau merupakan pemimpin yang dekat di hati pengundi Kubang Pasu.
“Dan veteren Umno semuanya masih menyokong Dr Mahathir. Jadi, kita rasa ada undi di situ kerana beliau.”
Taib juga berkata jika ia menjadi pertandingan tiga penjuru, Dr Mahathir mempunyai peluang  lebih baik kerana PAS tidak kuat di kawasan itu.
“Pertandingan tiga penjuru untuk BN dan PH tapi tidak pada PAS. PAS sekarang sudah lemah.”
Dr Mahathir adalah ahli Parlimen Kubang Pasu dari 1974 hingga 2004. Beliau digantikan oleh Johari. Dalam PRU13 Johari menewaskan calon PAS Mohd Jamal Nadir dengan 10,444 undi.
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, salah satu institusi pendidikan yang terdapat di Kubang Pasu, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Januari, 2018.
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, salah satu institusi pendidikan yang terdapat di Kubang Pasu, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Januari, 2018.
Pada PRU13 terdapat 65,550 pengundi di Kubang Pasu. Pecahan kaum pengundi adalah Melayu (86%), Cina (9%) dan India (8%).
Johari adalah timbalan menteri pertahanan dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir.
Akademi Pengajian Melayu Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata Johari, yang merupakan ahli Parlimen selama tiga tahun dari 2004 hingga 2013, hanya memegang jawatan timbalan menteri.
“Beliau adalah timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi industri pertanian dan pertahanan.
“Ia menunjukkan sentimen terhadapnya dalam Umno tidak begitu kuat,” katanya.
Awang Azman berkata semasa krisis Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, Johari yang bertanggungjawab menghalang Dr Mahathir daripada Kubang Pasu.
“Sentimen begini akan berbalik kepada Johari.
“Kajian menunjukkan, populariti PH di Kedah bertambah dengan adanya Dr Mahathir.
“Saya fikir Dr Mahathir ada peluang baik jika beliau memilih untuk bertanding di Kubang Pasu walaupun nanti ada pertandingan tiga penjuru,” katanya.
Tiga penjuru menentang PAS
Sementara itu, mengulas mengenai bekas calon PAS yang bertanding dalam PRU13, Jamal Nasir dilihat tidak lagi aktif dalam dunia politik.
“Memang penduduk ada juga bertanya, ke mana pergi orang PAS. Kadang-kala nak jemput pergi kenduri tapi memang kita tidak tahu beliau di mana.”
Malah, katanya PAS di Kubang Pasu juga kini tidak mendapat sokongan daripada ahlinya sejak Bersatu ditubuhkan.
“Memang PAS sudah tidak berapa mendapat sokongan, termasuk ahlinya sendiri.
“Contohnya, kalau dulu adakan ceramah PAS mesti ramai yang datang. Sekarang, kalau buat ceramah pimpinan negeri datang, mungkin ahli PAS yang hadir sekitar 100 sahaja. Yang tinggal cuma penyokong tegar PAS saja,” katanya.
Noraini Saad mengakui kebanyakan penduduk lama di Kubang Pasu masih mengingati segala jasa yang dicurahkan Dr Mahathir Mohamad dan ia merupakan faktor kuat yang boleh memberi kemenangan kepadanya jika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Januari, 2018.
Noraini Saad mengakui kebanyakan penduduk lama di Kubang Pasu masih mengingati segala jasa yang dicurahkan Dr Mahathir Mohamad dan ia merupakan faktor kuat yang boleh memberi kemenangan kepadanya jika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Januari, 2018.
Noraini Saad, 37, yang menjual rojak berkata Dr Mahathir berpeluang untuk menang kerana sentimen orang lama.
“Saya penyokong BN tetapi mak saya berumur 67 tahun masih menyokong Tun (Dr Mahathir). Orang lama memang ingat beliau. Kalau beliau bertanding memang huru-hara.”
Liza Razali, 30, mengakui sentimen tersebut kuat di kalangan penduduk Kubang Pasu kerana beliau pernah menjadi ahli Parlimen di situ.
“Sokongan masih ada kerana semua orang kenal Dr Mahathir yang banyak jasanya pada Kubang Pasu.
“Tetapi Johari pun ada peluang untuk menang, mungkin 50-50,” katanya.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.