`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 7, 2018

Gereja dilempar bom petrol

bhkb@bh.com.my
KOTA BHARU: Gereja di Jalan Hamzah, Kota Bharu, di sini, dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian pada jam 12 tengah malam itu.
Paderi Goo Siew Lai, 42, ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang membaca buku di tingkat dua gereja itu, sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah.
Katanya, dia terus bergegas ke tempat berkenaan dan melihat cermin di depan gereja pecah.
"Saya sempat lihat seorang lelaki membaling objek ke arah gereja. Lelaki itu kemudian menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki merempuh belakang kenderaannya.
"Bagaimanapun, MPV itu tidak berhenti dan terus beredar," katanya di sini, hari ini.
a sign on the side of a building: CERMIN gereja yang pecah selepas dibaling dengan objek keras. - Foto Zaman Huri Isa© Provided by Media Prima CERMIN gereja yang pecah selepas dibaling dengan objek keras. - Foto Zaman Huri Isa
Siew Lai berkata, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu.
"Kejadian ini kali kedua selepas kali pertama berlaku 3 Januari lalu yang menyebabkan cermin di tingkat tiga pecah. Kerugian dianggarkan RM3,000," katanya.

1 comment:

  1. Insiden seperti ini macam sudah menjadi rutin di Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.