`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 4, 2018

Kalau tak suka BR1M, jangan ambil, kata Najib

a man wearing a suit and tie: najib-br1m© Provided by MToday News Sdn Bhd najib-br1m
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan pelaksanaan agihan tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu mengambilnya, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata demikian ketika sekali lagi mempertahankan skim untuk membantu golongan B40, iaitu isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,860 sebulan, dan individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 sebulan.
Najib berkata BR1M masih dialu-alukan rakyat, dan berkata kehadiran ramai di Pusat Transformasi Bandar (UTC) adalah petandanya.
“Buktinya saya rasmikan UTC Seremban. Ramai di situ bukannya hendak semak cukai tetapi semak dapat BR1M atau tidak.
“Kalau tidak mahu BR1M, tidak mungkin dia pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk semak, kita juga sudah buat tinjauan bahawa ramai yang sukakan BR1M.
“Lagipun, kalau tidak mahu BR1M, janganlah ambil BR1M. Kalau tidak suka jangan ambil BR1M,” katanya dalam wawancara yang disiarkan di portal pilihan raya Barisan Nasional (BN), The Rakyat, yang dilancarkan malam tadi.
Najib berkata tindakan kerajaan menghapuskan subsidi minyak adalah untuk membiasakan rakyat dengan turun naik harga minyak dunia.
“Kita kena biasakan dengan minyak dengan turun naik harga minyak, sebabnya di negara maju harga minyak berubah setiap hari. Kita juga sudah beritahu tidak mampu beri subsidi pukal tetapi subsidi berfokus.
“Cumanya kalau harga minyak naik terlalu tinggi, melepasi RM2.50 sen satu liter untuk RON95, kerajaan akan buat sesuatu untuk bantu rakyat,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.