`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 10, 2018

Suaram selar imigresen larang anak angkat bersekolah

Suaram persoal bagaimana agensi di bawah KDN itu mampu mengatasi dasar Kementerian Pendidikan.
Sevan-DoraisamyPETALING JAYA: Pertubuhan hak asasi manusia hari ini menyelar imigresen berikutan berita tentang seorang kanak-kanak perempuan di Seremban dilarang ke sekolah akibat dasar baharu imigresen terhadap bukan warganegara.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terkejut dengan berita mengenai Darshana, 7, yang diambil sebagai anak angkat secara sah tetapi dikelaskan sebagai bukan warganegara.
“Ia mengejutkan apabila setiap tahun, imigresen seolah-olah diberi kuasa sewenang-wenangnya untuk menyekat pelaksanaan hak asasi manusia di Malaysia.
“Selain pelanggaran hak asasi manusia yang sentiasa dilaporkan dari pusat tahanan imigresen, sekatan sewenang-wenang ke atas pejuang hak asasi manusia antarabangsa, dan tindakan menghalang pejuang hak asasi Malaysia keluar negara, imigresen mencapai satu lagi tahap baharu jika ia dibenarkan untuk mempengaruhi dan mengubah dasar pendidikan,” kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dalam kenyataan.
Kisah Darshana dilaporkan The Star Selasa lalu di mana dia tidak dapat bersekolah kerana tidak memiliki pasport.
“Bagaimana kami mahu dapatkan pasportnya kerana kami tidak tahu siapa atau di mana ibu bapanya?” kata bapa angkat Darshana, B Ganesan, menurut laporan itu.
Ganesan menambah beliau dan isterinya telah mengemukakan permohonan kewarganegaraan untuk Darshana tetapi belum mendapat penyelesaian.
Sevan berkata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid 6 Januari lalu mengumumkan kanak-kanak tanpa kerakyatan dibenarkan menghadiri sekolah kerajaan walaupun permohonan kewarganegaraan masih dalam proses.
“Ini mengejutkan apabila agensi penguat kuasa mampu mengatasi dasar yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan mengenai isu akses ke sekolah dan pendidikan,” katanya.
Menyeru Kementerian Dalam Negeri menjawab “pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh imigresen”, Sevan bertanya bagaimana ia mencapai indeks prestasi utama pada 2017 apabila sebuah agensi penguatkuasaan di bawah bidang kuasanya boleh bertindak sedemikian rupa.
Beliau berkata tidak ada alasan bagi seorang kanak-kanak yang dilahirkan di negara ini dan dibesarkan oleh ibu bapa rakyat Malaysia dinafikan peluang yang sama hanya kerana kegagalan kerajaan menangani masalah kewarganegaraan.
“Di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak, Malaysia mempunyai kewajipan untuk melindungi dan mempromosikan hak kanak-kanak tanpa mengira status dan asal usul mereka,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.