`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 14, 2018

BERANIKAH AHLI PARLIMEN KAPAR SAHUT CABARAN TUN MAHATHIR?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mencabar pihak yang mendakwa beliau dan Tun Daim Zainuddin terlibat dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi penggantinya agar tampil mengemukakan bukti mengenai dakwaan itu.
“Saya rasa pihak berkenaan patut berikan bukti. Saya malah tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun berkaitan perkara itu.
“Saya menjarakkan diri. Saya tiada urusan dengan hal ehwal dalaman parti lain,” kata Tun Mahathir lagi.
Dalam gerakan kempen ke beberapa negeri untuk menyokong Rafizi Ramli melawan Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden PKR, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa terdapat usaha yang didalangi oleh Tun Daim untuk menghalang Anwar daripada menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menter ke-8.
Sehubungan itu kata beliau, hanya dengan meletakkan Rafizi sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR menggantikan Azmin saja merupakan jalan yang akan memastikan Anwar benar-benar dapat menggantikan Tun Mahathir.
Dengan cabaran Tun Mahathir agar dikemukakan bukti mengenai dakwaan itu, Abdullah Sani sekarang tiada pilihan lain selain mesti berani tampil menyahut apa yang diminta oleh Perdana Menteri itu.
Jika berani membuat dakwaan itu secara terbuka, malah mengulang-ulangnya di beberapa negeri, maka Abdullah Sani mestilah berani juga tampil mengemukakan bukti atas dakwaan yang dibuatnya itu.
Bolehlah esok atau lusa beliau mengemukakan bukti-bukti itu?
Jangan pula selepas ini beliau cuba-cuba lari atau menyembunyikan diri atau menyalahkan media kononnya membesar-besarkan apa yang diperkatakannya itu.
Jika tidak, jalan terbaik bagi Abdullah Sani ialah beliau mesti segera meminta maaf kepada Tun Mahathir, Tun Daim dan juga Azmin atas dakwaan yang dibuatnya serta bagi meredakan perkara yang tidak wujud yang dibangkitkannya itu.
– http://shahbudindotcom.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.