`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 30, 2018

Farmasi 'Bangla' dalam restoran

cnews@nstp.com.my
SEORANG lelaki Bangladesh menjadikan restoran di Jalan Tun Tan Siew Sin, Kuala Lumpur, sebagai farmasi bagi menjual bekalan ubat yang diperolehi daripada negara itu.
a man standing in front of a store: ANTARA ubat yang dijual di farmasi itu. FOTO Ihsan CCM© Provided by Media Prima ANTARA ubat yang dijual di farmasi itu. FOTO Ihsan CCM
Kegiatan lelaki dipercayai berusia 40-an itu dikesan ketika beberapa ahli sebuah persatuan bukan kerajaan (NGO), Clean Malaysia Movement (CMM) melakukan kajian pengumpulan data di kawasan berkenaan, pada 12 Ogos lalu.
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) CMM Zahir Khan berkata, ketika kajian pihaknya di restoran itu pada jam 12.30 tengah hari, mereka melihat sebuah kaunter yang terletak berhampiran bahagian dapur dalam premis berkenaan.
“Sebaik kami mendekati kaunter itu, terdapat puluhan kotak ubat pelbagai jenis. Seorang daripada kami bertanya kepada lelaki yang menjaga kaunter itu mengenai ubat terbabit, namun dia terus melarikan diri melalui pintu belakang di bahagian dapur.
“Sebelum melarikan diri, dia sempat mengambil wang tunai di dalam peti simpanan wang. Kami cuba mengejar lelaki terbabit, namun dia berjaya menghilangkan diri," katanya ketika ditemui di Balai Berita NSTP, hari ini.
Zahir berkata, pemeriksaan ubat terbabit mendapati terdapat tulisan dalam bahasa Bangladesh di belakang kotak produk berkenaan dan dipercayai untuk dijual kepada individu daripada negara sama.
“Kami difahamkan oleh pekerja tempatan di premis bersebelahan restoran berkenaan bahawa kaunter farmasi itu aktif beroperasi sejak lebih setahun lalu. “Mereka (saksi) juga memaklumkan ada melihat individu warga Bangladesh datang ke restoran terbabit bagi membeli bekalan ubat,” katanya.
Zahir berkata, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung kejadian.
"Pemeriksaan terhadap restoran terbabit dua hari selepas kejadian itu mendapati farmasi itu ditutup buat sementara, namun masih terdapat bekalan ubat di kaunter berkenaan.
"Malah, terdapat papan tanda yang diletakkan pada kaunter berkenaan yang memaklumkan farmasi itu ditutup buat sementara waktu.
"Kami berharap pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan terhadap kegiatan itu yang menyalahi undang-undang apatah lagi dalang di sebalik kegiatan itu adalah warga asing," katanya.

1 comment:

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor whatsapp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll



    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.