`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 8, 2018

Jangan nilai SST satu sudut sahaja, Saifuddin beritahu Najib

Menteri KPDNHEP itu berkata tidak adil jika cukai itu diadili dengan satu aspek sahaja, iaitu kutipan cukai.
Saifuddin Nasution berkata negara pernah menyaksikan kejayaan SST apabila kerajaan mengamalkan tatakelola pengagihan cukai yang baik.
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution menolak dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menimbulkan kesengsaraan kepada rakyat.
Saifuddin berkata tidak adil jika cukai itu diadili dengan satu aspek sahaja, iaitu kutipan cukai hanya sebanyak RM20 bilion berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mengutip sebanyak RM40 bilion setahun.
“Saya tolak dakwaan Najib itu kerana beliau juga sebahagian daripada sistem sewaktu kutipan SST dilaksanakan. Beliau sendiri yang melaksanakan cukai GST.
“Jadi, tidak adil lah kalau lihat satu aspek sahaja iaitu kutipan cukai. Tetapi lihat juga aspek keupayaan mengagihkan kutipan cukai kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Saifuddin berkata negara pernah menyaksikan kejayaan SST apabila kerajaan mengamalkan tatakelola pengagihan cukai yang baik.
“Sebelum GST dilaksanakan, kita pernah lihat negara mampu beri bantuan, anak-anak dapat biasiswa, hutang negara juga dikawal dengan baik dan kerajaan juga tidak boros ketika itu,” katanya.
Semalam, menerusi perkongsian di Facebook, bekas perdana menteri itu berkata rakyat akan menderita selepas perubahan sistem daripada GST kepada SST awal bulan depan.
Najib menjelaskan rakyat akan menanggung kesan atas 4 sebab utama iaitu tanpa GST, negara tidak akan berupaya untuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat.
Kedua, kerajaan akan hilang keupayaan menghadapi kemelesetan ekonomi atau kejatuhan harga komoditi secara mendadak tanpa mengalami krisis ekonomi kerana GST tidak lagi bertindak sebagai pendukung dalam situasi sedemikian.
Ketiga, Putrajaya akan kekurangan dana untuk menyebarluas kebajikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Keempat, rakyat perlu membayar harga barangan yang lebih tinggi selepas SST dilaksanakan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.