`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 11, 2018

Menteri perlu sensitif terhadap isu Mara, kata Dr M

Kerajaan akan membawa isu Mara kepada perhatian jemaah menteri tentang faham pentingnya mereka bersikap sensitif kepada pandangan orang ramai.
Dr Mahathir juga berkata, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mungkin menjalani rawatan kemoterapi yang mengambil masa lama.
PETALING JAYA: Kerajaan memandang serius beberapa perkara berkaitan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menjadi isu sejak kebelakangan ini dan mahu pemimpin kerajaan bersikap sensitif tentangnya.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui isu berkaitan Mara adalah sensitif dan perlu diberi perhatian oleh PPBM dan juga Pakatan Harapan (PH).
“Banyak pandangan yang disuarakan berkenaan Mara sebelum ini. Saya akan bawa perkara ini kepada jemaah menteri supaya mereka faham betapa pentingnya bersikap sensitif terhadap pandangan orang ramai.
“Kalau nak dapat sokongan kena sensitif terhadap pendapat mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM malam tadi.
Terdahulu, PH dikatakan mencadangkan peranan dan agensi di bawah Mara dipecahkan kepada beberapa kementerian, sekali gus menjejaskan peranannya dalam membantu golongan Bumiputera.
Dr Mahathir juga berkata buat masa ini kerajaan mendapati langkah menaikkan gaji penjawat awam tidak sesuai.
Beliau berkata jumlah kakitangan awam kini terlalu ramai sehingga mencecah angka 1.6 juta orang menyebabkan kemampuan kerajaan menambah gaji mereka terbatas, lebih-lebih lagi dengan keadaan kewangannya yang terhad sekarang.
Dalam sidang media sama, Dr Mahathir turut menyentuh perkara berikut:
  • Mesyuarat Agung PPBM terpaksa ditunda ke hujung tahun dan parti itu akan mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan, tetapi tarikhnya akan diumumkan kemudian.
  • Ahli PPBM di Sarawak kini seramai 30,000 orang dan akan dibuka kepada lebih ramai rakyat negeri itu.
  • Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjalani rawatan kemoterapi yang akan mengambil masa yang lama. Beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital di Singapura unuk membuang ketumbuhan di pankreasnya bulan lepas. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.