`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 7, 2018

RAJA PETRA KAMARUDIN BERTANGGUNG JAWAB MEMBAWA IRI (INTERNATIONAL REPUBLICAN INSTITUTE) KE MALAYSIA PADA TAHUN 2000 UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Baru-baru ini telah tersebar dengan meluas sebuah video berdurasi 2.26 minit mengenai sebuah forum yang di adakan oleh Centre for Strategic and International Studies (CSIS) di Amerika Syarikat. Di dalam video tersebut seorang individu yang dikenali sebagai Daniel Twinning telah memperkenal diri beliau sebagai ahli International Republic Institute (IRI). 

Daniel Twinning - IRI
Daniel Twinning telah secara terbuka membuat pengakuan bahawa IRI telah pun bekerjasama dengan pihak pembangkang- PAKATAN  (pihak kerajaan masa kini) sejak tahun 2002 untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Daniel Twinning juga mengaku telah bertemu dengan beberapa individu pemimpin pembangkang pada masa itu untuk bekerjasama termasuklah menyalurkan dana serta berkongsi strategi untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. 


Laporan Polis Reggy Jessy
Selama 15 tahun pada 2018 pembangkang yang disebut di atas telah berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 lalu. Ekoran dari sebaran video tersebut satu laporan Polis telah di buat oleh sebuah NGO Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku diterajui oleh penulis blog The Third Force - Reggy Jessy pada 7hb Ogos 2018. Reggy Jessy berpendapat pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia hendaklah menjalankan siasatan kerana pendedahan di dalam video tersebut adalah suatu pengakuan yang boleh diterima pakai dari sudut perundangan. Manakala individu yang dinyatakan oleh Daniel Twinning merupakan “pengkhianat Negara” dan harus dikenal pasti serta di ambil tindakan berpandukan peruntukkan undang-undang Negara serta Perlembagaan Persekutuan bagi kesalahan cubaan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan kuasa asing secara tidak sah. 



Raja Petra Kamarudin
Geliga Naga mengesahkan bahawa Raja Petra Kamarudin merupakan individu yang bertanggung jawab ke Washington, Amerika Syarikat pada tahun 2000 dan beliaulah yang membawa masuk IRI ke Negara Malaysia bagi tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Raja Petra Kamarudin telah membawa dua orang ahli IRI ke Malaysia pada ketika itu. Satu perjumpaan telah berlaku di antara dua ahli IRI tersebut dengan Mustafa Ali di Terengganu, bagi membincangkan perkara yang sama.  






RPK ditahan dibawah ISA
Raja Petra Kamarudin kemudiannya telah di tahan oleh pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia pada April 2001 dibawah tindakan perundangan ISA selama 60 hari.  Di dalam tempoh 60 hari beliau di tahan, pihak Cawangan Khas PDRM telah mensyaki Raja Petra Kamarudin adalah agent kepada CIA dan sebanyak 200 helai dokumen soal siasat telah ditandatangani oleh Raja Petra Kamarudin mengesahkan penglibatan IRI di dalam usaha kerjasama bersama pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Maka dengan dokumen-dokumen yang direkodkan seperti di atas adalah relaven untuk pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan bersabit laporan Polis yang dibuat oleh Reggy Jessy. Pihak PDRM haruslah bertindak secara professional berlandaskan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur politik semasa di dalam menjalankan tugas dan menguatkuasakan undang-undang demi keutuhan integrity PDRM. Geliga Naga berpendapat PDRM haruslah mengesan dan mengenal pasti individu-individu yang bekerjsama dengan IRI untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan harus dibawa ke muka pengadilan.

Dato Seri Najib Razak

Malahan Dato Seri Najib Razak sendiri telah mengeluarkan kenyataan media menggesa pihak berkuasa PDRM untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan di atas pendedahan video tersebut – “ Najib calls for inquiry into between Pakatan and IRI” The Star online 7hb Ogos 2018. Kredibiliti pembangkang ketika itu dan menjadi kerajaan ketika ini amatlah dikhuatiri.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.